Saturday 30 July 2011

Selamat Berpuasa

Lagi dua hari kita mula berpuasa,harap tahun ini amalan kita akan lebih baik.Hari ini pun genap unur Aisyah 4 tahun...Ibu doakan Aisya sentiasa dilimpahi rahmat dan menjadi muslimah yang beriman serta solehah.Kek ini Isnin lepas Aisyah bawa pergi sekolah sempena majlis hari lahir bulanan.Setiap bulan sekolah anak2 akan adakan sambutan hari lahir.Kebiasan minggu akhir setiap bulan semua murid2 diminta bawa makanan untuk parti hari lahir.Sempena dah nak masuk bulan Ramadhan ni ..akak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua semoga amalan kita diredhaiNya..Amin

Tuesday 26 July 2011

Musim Buah

Petang semalam jiran sebelah bagi durian dan rambutan katanya dari kebun neneknya.Itulah rupa sizzling mee yang buat pagi semalam tapi kuahnya nyer dah serap dalam mee tu.Tapi habis gak Hakimi makan walaupun pedas2 lada hitam.

Sizziling Mee




Sarapan pagi ni,dah lama teringin makan sizziling mee.Dulu masa belajar kalo gi Seremban Parade misti makan menu ni kat food court..kalo x silap satu hot plate RM4.** kalo x salah sekarang tau la.Tapi kalo makan yang kat kedai tu mee je yang habis cendawan misti tinggal.Hari ni cuba buat sebab jumpa resipi kat myresipi.com la apa lagi.Tapi banyak edit dari resipi asal..yang penting anak2 pun suka.                                                                                                  

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )                sumbangan Lilydvalley

  • 2-3 sanggul (gulung) guna mee kuning
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 * x letak pun 
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2 * ganti 1sd cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair * x letak takde stok
  • 1 sudu besar kicap pekat * x letak ganti kicap manis
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan * x letak
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Saturday 23 July 2011

Pic:Puding Roti Kremer

Puding Roti Kremer



Nak habiskan roti maka terhasillah puding ni.Rasanya lebih kurang macam puding karamel cuma yang ni ada rasa roti.Sumber resipi dah tentu myresipi.com kat situ banyak resipi pilih je mana suka.Cuma rajin dengan malas je nak cuba, Akak ni pun bukannyer rajin sangat pun tapi kalo bahan ada dan cukup tu tetiba je jadi.         

Bahan-bahan ( 1 loyang ) sumbangan Rosaliza

  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • sedikit esen vanilla.  

    Cara-cara

    1. Dengan menggunakan loyang,sedikan gula hangus,kemudian ketepikan
    2. Panaskan pengukus, sambil tu carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam dan susu
    3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla
    4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang 30 - 40  minit.  




Thursday 21 July 2011

Minuman Sejuk

Sekarang ni cuaca panas betul, tapi kadang2 hujan sekejap pastu panas balik.Cuaca tak menentu jap panas jap hujan anak2 pun batuk2 sikit.Sekala sekali minum ais hilang dahaga...

Wednesday 20 July 2011

Spagetti Sos Putih

Hari ni menu barat tapi akak sorang je yang makan.Babah dan anak2 x layan menu macam ni.Buat pun sikit guna bahan yang ade dlm esbok malas nak beli sos pegro tu, tumis bwg besar gan 1/2 sd makan butter,masuk susu segar 1/2 cawan boh lada hitam n garam, last masukkn cheese...tp tercair cikit lain kali buh tepung jagung sikit.Akak makan buh daun sup n bawang goreng Melayu la pulak :) menu simple tuk sorang makan.

Sunday 17 July 2011

Sambutan Hari Lahir 3 Beradik

Buat majlis kecil je jemputan saudara terdekat dan jiran sebelah n depan rumah.Menu pun simple je bihun sup Cik De,karipap,pulut kuning rendang ayam.Yang akak buat puding marble.Syukur semua habis x de lah membazirkan.Sedap bihun sup Cik de akak makan rasanya lebih 5 mangkuk ulang2 la bukan sekaligus :p...Kek tema kartun boboi boy ni tempah khas dari feinazcakes.blogspot.com tq Pn.Azlina sebab sudi terima tempahan walaupun last minit n ada agenda lain hari sabtu..Apa2 pun majlis tetap meriah.

Wednesday 13 July 2011

Blended Orange Cake

Dah lama nak buat kek ni akhirnya berjaya juga melakukan eksperimen ni.Resipi nyer biasala dari myresipi.com sumbangan Kak Fida.Resipi ni memang popular di blog2 masakan..semua yang mencuba menjadi.Ikut resipi asal dibakar tapi biasala akak kukus je.Kali ni wat kecik2 senang nak ngap.

Tuesday 12 July 2011

Kuih Cara Inti Serikaya

Percubaan kedua akak asalnya nak wat kuih cara manis tp memandangkan anak2 suka makan serikaya makan terhasilla kuih ni.Dulu wat x jadi tapi kali ni berjaya walaupun x secantik di kedai.Usaha lagi sampai jadi ye...

Hari Sukan

10/7/2011 hari sukan dan keluarga bagi sekolah tadika anak2..seronokla anak2 sebab diadakan di Desa Waterpark KL.Selepas bersukan semua pakat terjun kolam.Tapi hari ahad tu tengah syok anak2 berendam tiba2 hujan lebat.Jam 2ptg kitaorang balik dah hujan nak buat pe lagi.Anak2 memang protes la sebab tak puas mandi..takpa ti Cu la bawa gi mandi lagi ok!

Wednesday 6 July 2011

Sedapnyer Kek ni..

Hari ni besday Azim anak jiran depan umah.Kimi memang suka makan kek..maka memang sepotong kek dia bedal sorang..X mau kongsi dengan orang lain dah.Ni la cara kimi yang suka makan yang manis.Kadang tu akak cuba sorok la kalo dia makan banyak, tp mesti dia akan minta Dan terus minta.Memang x leh wat pe dah kalo dia tau makanan yang dia suka ade...

Tuesday 5 July 2011

Apam Pisang Lagi

Sila abaikan gambar kotak merah tu ye..Hari ni buat lagi apam pisang nak berabis pisang.Hari tu Babah gi kedai nak beli sesisir je tapi tauke kedai tu suh borong semua pisang2 dia.Pening gak akak nak fikir macamner nak perabiskan stok pisang2 tu.Anak2 memang suka makan kalo wat cekodok pisang..tp x lalu lak hari2 cekodok pisang...Selalu kalo goreng banyak, suh Izzul bawa gi sekolah jamu kawan2 dia makan...Hari ni wat apam pisang bagi jiran2 kalo tak jenuh gak nak perabiskan. ;D

Monday 4 July 2011

Tahniah..

Inilah keputusan anak2 bg Ujian Pencapaian Krista.Abg dapat nombor 4 n aisya no 3.okla tu..atleast kertas ujian semua atas 80%.bangga la juga anak2 tunjukkan prestasi yang memuaskan...

Sunday 3 July 2011

Kek Batik Ceria

Hari ini genaplah umur Hakimi dua tahun.Semoga Hakimi membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh serta berjaya dalam hidup.Amin....Kek batik ni resipi asal dari jintanmanis.com terima kasih Kak Ros.Tp akak wat hari ni,ikut sukatan sendiri,Milo 1cwn ikea tambah gan dua sudu makan serbuk koko..x guna butter guna creamy marjerin cap tesco dalam 3 sudu besar...cairkan marjerin dan masukkan bahan lain.Dalam resipi asal letak coklat masakan akak x letak pun.ni resipi ikut kepala sendiri yang penting anak2 suka..Hiasan dengan gula urai warna-warni saja wat tarikan untuk anak2..Akak punya part tambah sikit kacang tanah tumbuk sebagai topping nyer.

Saturday 2 July 2011

Tawaran Kemasukan SRAI

Semalam surat tawaran ni sampai, kena bagi jawapan samada terima atau tidak sebelum 15 Julai 2011.Kira wajib buat pendaftaran bagi sesesi persekolahan tahun 2012.Dapat berita gembira minggu ni tapi akak sekeluarga diberi ujian juga bila Izzul kena "chiken pop"..inilah ketentuan Allah.Kita kena berusaha dan tawakal dalam menjalani hidup ni.