Wednesday 28 September 2011

Piah Dah 30 Hari

Dapat gak Mak Long mik gambar bayi ni buka mata.Bayi memang bulan pertama dan kedua asyik tido je..Hari ni genap 30 hari dah,moga sentiasa sihat sejahtera dan jadi anak yang solehah.

Tuesday 13 September 2011

Resipi Kuih Lopes

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Sumber dari myresipi.com sumbangan tulip77.



Sunday 11 September 2011

Kuih Lopes

Buat minggu lepas teringin nak makan wat buka puasa.Dulu kalo bulan Ramadhan pegi bazar ramadhan macam macam makanan ada dijual.Itulah kelebihan bulan yang mulia selain beribadat dapat juga merasa makanan sedap2.Kalo hari biasa kadang2 tu sampai tidak termakan.Lain sikit di bulan Ramadhan nikmat makan berbeza.

Thursday 8 September 2011

Sofia Almadina

Ahli baru keluaarga Hj Yusoff dan Hajah Fatimah..baby sofia anak kedua kepada pasangan norazila dan mohd khairi.Dilahirkan pada 1 syawal yang lepas.Sian korangkan merasa beraya di hospital :)

Friday 2 September 2011

Cuti Raya

Tahun ni kami sekeluarga pulang beraya di Dungun Terengganu..Cuaca agak panas maka Aisya dan Hakimi demam.Tidak berjalan sangat la kami banyak dok di rumah.Ialah anak2 dah demam sian lak nak bawa beraya sakan..Kalo dah melarat sangat akak gak yang susah.Hari ni kami dah bertolak balik ke Subang Jaya ..waktu ni Babah berhenti beli kepok lekor n satar.akak pun mik kesempatan update blog yang lama doh tingga.