Thursday 21 March 2013

Untuk Dia Suamiku Seorang

Terima kasih atas segalanya..
Terima kasih kerana menjadi suami, sahabat dan Babah yang baik.
Semoga diberi kesihatan yang baik dilimpahi rezeki dan diberi kekuatan untuk terus menjadi perlindungan kami semua.Kami sentiasa sayang padamu Babah.

"Ya Allah! Kau kuatkanlah dia, lindungi dia,muliakan dia, kayakanlah dia suamiku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih."


Monday 18 March 2013

Hobi Baru

Assalamualaikum...Hari Isnin biasalah mood ke laut nak mulakan rutin harian.Dah dua hari bercuti dan berehat-rehat bersama keluarga, bila nak mulakan rutin biasa jadi agak lemau lak.Ok la hari ni nak cite pasai anak yang ke tiga.Nama dia Mohammad Izzman Hakimi..panjang betui nama tapi panggil Kimi.Esok sekolah jangan tulis "Kimi" saja udah.Abangnya sekarang ni dengan selamba jew semua kertas-kertas jawapan atau apa-apa projek sekolah dia tulis nama tengah saja :- "Izzul" bole lak gitu.Jenuh akak suh tulis nama penuh siap bagi contoh suh tiru tapi hasilnya tetap sama "Izzul" gak. ^_^ Kalo kakak pula dia tulis " Aisyah " je.Macam-macam anak-anakku ni.Sambung cite Kimi tadi, alkisahnya pagi ni tetiba dia demam..hehe..bila nak sekolah je demam lak.Babah bagi cuti rasmi kat Kimi tersenyum lebar lah Kimi.Suhu badan pagi ni 37.4 demam sikit lah,bagi makan ubat demam pukul 8 pagi tadi. Babah suh pantau dulu kat rumah.Kalo suhu terus naik,babah akan balik bawa pegi klinik.Pagi ni Babah ada meeting nak kena pergi awal.Dah Kimi kat umah memang dia akan minta akak duk dekat dia je temankan dia.Kimi ni sejak sekolah pandai nak melukis, dia akan minta kertas dan warna untuk dia buat aktiviti conteng2.Kalo dulu dinding rumah jadi tempat Kimi melukis..memang setiap dinding ada saja karya Kimi.Nak buat macammana walaupun dinding nampak comot tapi itulah hasil karya anak-anak.Babah pun tak mau cat dinding-dinding tu, walaupun ada gak tetamu mengata.Tapi ada akak kisah sebab hasil-hasil lukisan tu buat kita ketawa dan tersenyum sendiri.Hanya pelukis saja yang tahu apa sebenarnya maksud lukisan itu.


Wednesday 13 March 2013

e-mail digodam!!!!????

Hari ni on je I-phone tetiba kat inbox mail ada 40 e-mail..terkejut akak..scroll down satu-satu ada satu email amaran dari Yahoo!!!..kat bawah ni isi kandung email tu..serius terus tukar katakunci baru.Alam maya pun dah tak selamat, apatah lagi alam realiti, alam barzah ???? Akan selamat selagi kita dilaluan yang sebenarnya.

Masih ragu-ragu dengan kesahihannya.

--------------------------------------------------
Hi ati,

We detected a login attempt with valid password to your Yahoo! account from an unrecognized device on Tue, Mar 12, 2013 10:25 PM CET.

Location: Germany (IP=77.182.127.252)

Note: The location is based on information from your Internet service or wireless carrier provider.

Was this you? If so, you can disregard the rest of this email.

If this wasn't you, please follow the links below to protect your Yahoo! account information from potential future account compromise:

* Activate second sign-in verification with your mobile phone
* Review your login activity
* Change your password
* Update your account password reset info

To learn how sign-in alerts like this one can help you to protect your account information, please visit the Help Center.

Sincerely,

Yahoo! Account Services

-------------------------

Please do not reply to this message. Mail sent to this address cannot be answered.

--------------------------------------------------

Monday 11 March 2013

Tart Keju Resipi II

Assalamualaikum..Hari ni akak nak kongsi satu resipi yang dibuat Sabtu lepas.Resepi ni diambil dari buku masakan yang ditulis oleh Noraini Zakaria judulnya Komplikasi Hidangan Berkeju.Sebelum ni penah buat tart ni guna resipi lain, tapi kali ni saja nak cuba resipi dari buku ni.Hasilnya pastrinya agak kering dan cantik kejadiannya,mungkin guna telur buatkan ia lebih ranggup dan kering.Resipi biasa tu rasanya pastrinya lebih rapuh dan kadang2 melekat pada acuan bila nak keluarkannya.Lepas ni akak akan guna resipi ni sebab tak risau kulit tu pecah sebelum dimakan.

Sumber: Buku Komplikasi Hidangan Berkeju.

Bahan Pastri
450gm tepung gandum
250gm mentega - akak guna Planta
100gm gula castor - guna icing sugar
1 biji telur kecil
2sd teh air sejuk
1sd teh esen vanilla

Inti keju
250gm krim keju
60gm gula castor
50gm mentega
1 biji telur

Caranya: Pastri; Pukul mentega,gula,esen vanilla hingga kembang.
Masukkan telur dan air pukul sebati hingga berkrim.
Masukkan tepung kacau sehingga menjadi doh.Akak guna tangan je.Simpan doh 30minit dalam peti ais.
Terap pada acuan bakar ~20minit suhu 180 darjah.
Keluarkan krim cheese 30minit awal..Putarkan krim keju,mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan putar sebati.Masukkan dalam piping bag lagi mudah untuk dituangkan keatas pastri yang telah sejuk.Bakar semula pada suhu kurang 10minit.Resipi ni kulit dia boleh tahan lama jika dibuat awal.Akak buat tart ni aritu mik masa lama gak 4 jam,pasni tau dah buat pastri dulu.Biar sejuk betul2 kulit tart,baru bancuh inti.Hari tu pun buat tak buh filling dan lukis corak berbagai.Banyak gak dapat kalo ikut resipi ni jenuh nak terap dalam acuan.Acuan ada sikit je pasni nak kena beli acuan lagi >_< .Nak terap tu pasnikan doh agak tipis,kalo tebal sangat x cantik dan inti dapat buh cikit jew..Kalo nak kaya inti kena wat double resipi inti keju.Tapi kalo buh filling bluberi rasa nyer cukup ikut resipi tu.
Yang penting semua suka tart ni.


Friday 1 March 2013

Roti Goreng Cheese

Salam, Pejam celik pejam celik tup tup dah bulan Mac.Sekejap je masa berlalu, begitu pantas ia meninggalkan kita.Sebab semuanya nak kena pantas maka hari ni menu sarapan yang pantas yang mampu ibu sediakan.
Ok la akak turunkan resipi tu kat sini sebab ni pun nak kena pantas kejar masa huhuhu...
Bahan-bahan yang diperlukan:

10 keping roti
5 keping cheese
2 biji telur
2sdbesar tepung
1/2 cawan susu
Caranya: Dengan pantas panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tuang susu dalam pinggan 1 ketepikan, letak tepung dalam pinggan 2, pecahkan telur dalam pinggan ke 3 pukul sebati. Pastikan API perlahan, dengan pantas celup sekeping roti dalam pinggan susu,angkat buh dalam bekas bersih,ambil sekeping cheese letak diatasnya ambil sekeping lagi celup dalam susu dan tindihkan atas cheese.Ambil roti tu, celup dalam telur dan akhir sekali celup dalam tepung.Terus digoreng....siap.

Kata kunci hari ini Pantas