Sekadar berkongsi keletah keluarga untuk tatapan hari esok.Ini khas ditujukan buat my lovely family.
Showing posts with label Besday. Show all posts
Showing posts with label Besday. Show all posts
Sunday, 14 August 2011
Tempah Lagi Kek
Kek Princess Snowhite untuk Nurin.Semalam berbuka puasa di rumah Abah kat Pantai Dalam.Cu la nak makan nasi tomato ,semalam puas dapat makan banyak.Untuk kanak2 rebina Ateh order pizza, abang,Nurin & Aisya selera betul makan.Hari ni plan nak berbuka puasa kat Kg.Sungai Ramal Kajang.
Tuesday, 9 August 2011
Puding Koktail
Menu berbuka semalam,dah lama teringin nak buat puding ni.Kebetulan bahan dah ada maka jadila puding kegemaran akak...semalam berbuka kat rumah Mak adik2 semua balik kecuali Cu la je yang xda.Meriah la berbuka semalam macam2 menu ada.Nasi lemak,ayam golek,bubur lambuk,roti John,lempeng pisang,popia banyaknyer Hakimi kata...8/8 Besday Nurin jadi kami sambut secara kecil kecilan je..seronok la Nurin dapat satu basikal hadiah dari Umi dan Ayah.Okla balik ke puding koktail ni nak tulis cikit nota kaki..bhn2 guna agar2,Air + susu cair ikut sukatan kat plastik agar2,gula 3/4 cwn ikea,1ketul kecil gula batu,2sdb tepung kastad bancuh dengan telur sebiji yang dipukul.Lain kali nak buat ingat.Satu lagi akak buat x guna sirap koktail akak asingkan guna buah2 nyer je.
Saturday, 30 July 2011
Selamat Berpuasa
Lagi dua hari kita mula berpuasa,harap tahun ini amalan kita akan lebih baik.Hari ini pun genap unur Aisyah 4 tahun...Ibu doakan Aisya sentiasa dilimpahi rahmat dan menjadi muslimah yang beriman serta solehah.Kek ini Isnin lepas Aisyah bawa pergi sekolah sempena majlis hari lahir bulanan.Setiap bulan sekolah anak2 akan adakan sambutan hari lahir.Kebiasan minggu akhir setiap bulan semua murid2 diminta bawa makanan untuk parti hari lahir.Sempena dah nak masuk bulan Ramadhan ni ..akak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua semoga amalan kita diredhaiNya..Amin
Sunday, 17 July 2011
Sambutan Hari Lahir 3 Beradik
Buat majlis kecil je jemputan saudara terdekat dan jiran sebelah n depan rumah.Menu pun simple je bihun sup Cik De,karipap,pulut kuning rendang ayam.Yang akak buat puding marble.Syukur semua habis x de lah membazirkan.Sedap bihun sup Cik de akak makan rasanya lebih 5 mangkuk ulang2 la bukan sekaligus :p...Kek tema kartun boboi boy ni tempah khas dari feinazcakes.blogspot.com tq Pn.Azlina sebab sudi terima tempahan walaupun last minit n ada agenda lain hari sabtu..Apa2 pun majlis tetap meriah.
Sunday, 3 July 2011
Kek Batik Ceria
Hari ini genaplah umur Hakimi dua tahun.Semoga Hakimi membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh serta berjaya dalam hidup.Amin....Kek batik ni resipi asal dari jintanmanis.com terima kasih Kak Ros.Tp akak wat hari ni,ikut sukatan sendiri,Milo 1cwn ikea tambah gan dua sudu makan serbuk koko..x guna butter guna creamy marjerin cap tesco dalam 3 sudu besar...cairkan marjerin dan masukkan bahan lain.Dalam resipi asal letak coklat masakan akak x letak pun.ni resipi ikut kepala sendiri yang penting anak2 suka..Hiasan dengan gula urai warna-warni saja wat tarikan untuk anak2..Akak punya part tambah sikit kacang tanah tumbuk sebagai topping nyer.
Saturday, 21 May 2011
Belated besday
Hari ni try buat sebiji kek coklat.yang diambil dari myr.kebetulan 1 Mei yang lepas besday abang.kek coklat tu abang potong sambil adik n kimi je tetamunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)