Salam Sejahtera, Hari ni kami bakal menerima orang baru, harap semuanya berjalan dengan lancar..Amin...Amin..Amin.
Bulan lepas bulan kelahiran Babah,maaf kami tidak sediakan hadiah.Ibu cuma masak pulut kuning dan rendang ayam untuk meraikannya.Sempena hari lahir Babah tempoh hari, Babah belikan hadiah scooter untuk Aisya,Kimi dan abang Izzul.Sebenarnya dah lama benor Aisya minta dibelikan sejak tengok sepupu dia Nurin bermain scooter.Maka akak buat perjanjian kalo belanja pandai2, baru Babah belikan.Dan disebabkan tahun lepas Aisya telah berjaya mendapat hadiah pelajar terbaik bidang matematik.Akhirnya bulan Mac lepas barulah hajatnya ditunaikan.Moga anak-anak ibu gembira dengan hadiah baru ni..Rasa lepas ni nak wat garaj sale hehehe nak let go mana-mana barang-barang mainan yang dah tersadai.
Sekadar berkongsi keletah keluarga untuk tatapan hari esok.Ini khas ditujukan buat my lovely family.
Showing posts with label Izzul. Show all posts
Showing posts with label Izzul. Show all posts
Monday, 1 April 2013
Friday, 28 December 2012
Balik Kampung - part 2
Assalamualaikum..minggu lepas akak bawa anak-anak balik kampung di Sungai Besar,Selangor.Kampung kelahiran atuk dan tempat atuk membesar.Atuk siap tunjukkan lagi sekolah tempat atuk belajar dulu, pada Abang Izzul dan Hakimi.Seronok la anak-anak sesekali balik kampung.Dapat gak la akak snap gambar rumah lama nenek akak.Rumah lama ni dah ditambah jadi dua tingkat.Rumah ni dibina dari kayu yang berkualiti dan tidak dipaku, rumah ni terdiri ada tiga bahagian.Sebelah kanan rumah yang dibina tinggi dengan beranda yang luas disebelah depan kanan rumah yang boleh muat 40 orang.Bahagian tengah rumah terletak ruang tamu yang selalu moyang gunakan untuk majlis kenduri dan tempat keluarga berkumpul dan tidur bila waktu malam.Pasang kelambu tiap kali nak tido..tiga keluarga bole tido.Seronok tau bila berkumpul macam tu.Sebelah ruang tamu ada surau kecil tempat solat berjemaah,kat situ ada jam lama yang besar tu..cukup masa dia akan berbunyi.Sekarang pun ada lagi tau jam antik tu,berat giler.Sebelah surau ada 1 bilik, ni bilik arwah moyang depan bilik tu ada satu lagi bilik.Biasa bilik ni jadi bilik pengantin.
Sayap sebelah kiri rumah yang pula terdiri dari 3 bilik tidur anak-anak perempuan.Ia dipisahkan dengan pintu gerbang yang diukir dari kayu.Biasa kalo kenduri orang perempuan akan duduk dibahagian ni.Dari situ ada dua pintu untuk ke dapur, unik tau sebab ada tangga yang tinggi.Kami cucu moyang selalu gelongsor je nak turun ke dapur..hehe.siap berlumba satu turun dari tangga kanan sorang lagi turun dari tangga kiri.Ruang dapur pun luas,biasa kalo semua balik berkumpul kat dapur makan-makan dan tengok tv.Kat ruang dapur pun ada 1 bilik tido untuk tetamu.Cuma bila balik kampung ni masalahnya bilik mandi diluar..tandas lagi jauh lebih kurang 50meter kebelakang.Ada berani mau gi buang air malam-malam.Tapi bila cucu-cucu moyang dah besa dan ramai kira-kira tahun 80-an barulah ada bilik air dalam rumah.Satu lagi, mengadap beranda ada satu kolam air tau..tempat tu moyang kita selalu mandi.Best mandi kat situ sejuk je air.Kalo anak cucu mandi kat kolam, mak-mak duk kat beranda bersantai.Rindunya pada zaman kanak-kanak.Tapi rumah ni tidak ada orang duduk dah.Moyang perempuan dan adik atuk tinggal di rumah arwah kakak atuk,100 meter dari rumah lama.

Tuesday, 18 September 2012
Bila Abang Izzul Berangan
Salam..hari ni Abang Izzul bawa buku baru balik.Pendidikan keselamatan di jalanraya, mungkin silibus yang baru ditambah.Teringat masa nak amik lesen L antara syarat nak ambil ujian memandu.Buku tu tunjukkan simbol-simbol yang ada sepanjang jalanraya serta makna simbol tu.Ada juga bahagian yang minta para pelajar berfikir secara logik.Salah satu pembelajaran para pelajar diminta melukis kenderaan kesekolah.Tapi disebabkan abang Izzul ni banyak tengok cerita karton,maka jawapan yang diberi amat mengejutkan.Ada ke patut abang Izzul lukis gambar kete lumba
Tepuk dahi ibu n babah dibuatnya.Bila ditanya kenapa lukis kereta lumba tak lukis gambar van sekolah.Izzul jawab "aritukan babah anta naik kereta,abg lukisla gambar kereta babah".alahai anak-anak sekarang kuat sungguh imiginasi mereka.

Tuesday, 4 October 2011
Izzul - Krista Idol 2011
Sabtu 1 October 2011 Izzul dan rakan2 wakil sekolah masuk Krista Idol..Acara tu berlangsung di Plaza Damas Sri Hartamas Mall.Jenuh gak la Atuk berpusing cari lokasi.Sedih Babah x dapat join tengok Izzul perform,Babah outstation ke Terengganu.Izzul n the gang menari ala ala High School musical.Terkejut akak tengok Izzul begitu berani beraksi di atas pentas.Girls yang pakai baju kuning hitam pun dari wakil dari sekolah Izzul gak depa menari tarian bollywood.Aisya n Kimi enjoy gak la hari tu dapat banyak belon dan buat persembahan aksi bebas diaorang.Tq cu la temankan kitaorang n jadi cameraman.Akak x dapat nak mik gambar sangat sibuk gan Kimi yang sibuk nak buat persembahan.Ok la best2 juga persembahan dari peserta2 lain, kecil2 seumur 5 Dan 6 tahun begitu berani beraksi depan orang ramai.
Saturday, 2 July 2011
Tawaran Kemasukan SRAI
Semalam surat tawaran ni sampai, kena bagi jawapan samada terima atau tidak sebelum 15 Julai 2011.Kira wajib buat pendaftaran bagi sesesi persekolahan tahun 2012.Dapat berita gembira minggu ni tapi akak sekeluarga diberi ujian juga bila Izzul kena "chiken pop"..inilah ketentuan Allah.Kita kena berusaha dan tawakal dalam menjalani hidup ni.
Tuesday, 14 June 2011
Kembali Ke Sekolah
Hari pertama sessi persekolahan bermula.Lega izzul n aisyah x liat nk sekolah hari ni.mereka berdua nmpk seronok nk jupe kawan2 di Krista PUSJ.
Friday, 10 June 2011
Karya Anak2
Gambar atas hasil kretiviti izzul a.k.a abang yang bawah aisyah a.k.a adik @ kakak aisya...kalo hakimi panggil adik aisya mesti betulkan suh panggil kakak aisyah.
Wednesday, 25 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)