Salam Sejahtera, Hari ni kami bakal menerima orang baru, harap semuanya berjalan dengan lancar..Amin...Amin..Amin.
Bulan lepas bulan kelahiran Babah,maaf kami tidak sediakan hadiah.Ibu cuma masak pulut kuning dan rendang ayam untuk meraikannya.Sempena hari lahir Babah tempoh hari, Babah belikan hadiah scooter untuk Aisya,Kimi dan abang Izzul.Sebenarnya dah lama benor Aisya minta dibelikan sejak tengok sepupu dia Nurin bermain scooter.Maka akak buat perjanjian kalo belanja pandai2, baru Babah belikan.Dan disebabkan tahun lepas Aisya telah berjaya mendapat hadiah pelajar terbaik bidang matematik.Akhirnya bulan Mac lepas barulah hajatnya ditunaikan.Moga anak-anak ibu gembira dengan hadiah baru ni..Rasa lepas ni nak wat garaj sale hehehe nak let go mana-mana barang-barang mainan yang dah tersadai.
Sekadar berkongsi keletah keluarga untuk tatapan hari esok.Ini khas ditujukan buat my lovely family.
Showing posts with label Hakimi. Show all posts
Showing posts with label Hakimi. Show all posts
Monday, 1 April 2013
Monday, 18 March 2013
Hobi Baru
Assalamualaikum...Hari Isnin biasalah mood ke laut nak mulakan rutin harian.Dah dua hari bercuti dan berehat-rehat bersama keluarga, bila nak mulakan rutin biasa jadi agak lemau lak.Ok la hari ni nak cite pasai anak yang ke tiga.Nama dia Mohammad Izzman Hakimi..panjang betui nama tapi panggil Kimi.Esok sekolah jangan tulis "Kimi" saja udah.Abangnya sekarang ni dengan selamba jew semua kertas-kertas jawapan atau apa-apa projek sekolah dia tulis nama tengah saja :- "Izzul" bole lak gitu.Jenuh akak suh tulis nama penuh siap bagi contoh suh tiru tapi hasilnya tetap sama "Izzul" gak. ^_^ Kalo kakak pula dia tulis " Aisyah " je.Macam-macam anak-anakku ni.Sambung cite Kimi tadi, alkisahnya pagi ni tetiba dia demam..hehe..bila nak sekolah je demam lak.Babah bagi cuti rasmi kat Kimi tersenyum lebar lah Kimi.Suhu badan pagi ni 37.4 demam sikit lah,bagi makan ubat demam pukul 8 pagi tadi. Babah suh pantau dulu kat rumah.Kalo suhu terus naik,babah akan balik bawa pegi klinik.Pagi ni Babah ada meeting nak kena pergi awal.Dah Kimi kat umah memang dia akan minta akak duk dekat dia je temankan dia.Kimi ni sejak sekolah pandai nak melukis, dia akan minta kertas dan warna untuk dia buat aktiviti conteng2.Kalo dulu dinding rumah jadi tempat Kimi melukis..memang setiap dinding ada saja karya Kimi.Nak buat macammana walaupun dinding nampak comot tapi itulah hasil karya anak-anak.Babah pun tak mau cat dinding-dinding tu, walaupun ada gak tetamu mengata.Tapi ada akak kisah sebab hasil-hasil lukisan tu buat kita ketawa dan tersenyum sendiri.Hanya pelukis saja yang tahu apa sebenarnya maksud lukisan itu.
Friday, 4 January 2013
Rutin Baru
Assalamualaikum...
Minggu pertama persekolahan memang agak kelam kabut sebab tahun ni Hakimi bersekolah.Macam tidak percaya je budak kecik tu dah masuk sekolah tadika.Hakimi masuk sekolah tadika Krista sama macam kakak Aisyah, bole lah kakak Aisya tengok-tengokkan Kimi.Hari pertama pergi sekolah Kimi tak mau pakai uniform sekolah maka belasah jek pakai baju cartoon angry bird dan selipar ben 10, sampai sekolah je mula tak mau masuk nak duduk luar je katanya.Bila pujuk-pujuk baru nak masuk siap bagi syarat suh ibu masuk sekali.Mula ikutkan je sebab hari pertama, bila ibu dok sebelah Kimi ok je.Bila ibu keluar masa tu lah berjujuran airmata tapi ibu balik gak sebab dah 1jam dok dalam kelas tu.Masa waktu ambil balik ibu dan babah datang awal 15minit tetiba terdengar suara dia melalak nak balik...hehehe budak ni macam tau tau ibu dah datang.Hari kedua pagi tu Kimi mula buat alasan tak mau pakai baju sekolah lagi..tapi pujuk -pujuk baru nak pakai.Pergi sekolah mcam biasa gelak-gelak lagi, bila masuk kelas dia minta ibu temankan ...alahai tak pasal dua jam dok saja dalam kelas Hakimi.Sian kat babah kena tunggu lama kat luar, dah hari tu babah ada exam kul 2 petang.Pukul 10 pagi lepas waktu makan, ibu balik rumah nak masak tuk babah.Kelam kabut gak sebab masa dah banyak lari dari perancangan awal.Masa waktu balik Hakimi pun bantai melalak huhuhu alasannya napa tak tunggu Kimi, bole dia tanya macam tu.Hari ketiga memang nekad pegi hantar je lepas tu balik, pukul 11.45 baru datang amik huhuhu elok je nampak ibu budak tu melalak tanya babah mana pulak? Jenuh bagitau babah pegi keje, baru dia diam dan pegi main sambil tunggu kakak aisya
Setiap pagi memang akan berlaku drama swasta, drama tamil , cite hisdustan , cite korea errmmmm tak tahu nak layan berapa episod setiap drama-drama tu.Harap -harap semua episod akan cepat berakhir.
Minggu kedua hari Isnin dan Selasa Kimi demam, jawabnya cuti la Hakimi.Aisya pun dapat pelepasan gak hari Isnin tu hehe.Ibu malas nak tengok drama korea bagi je cuti terus senyap.Hari Rabu pegi sekolah semula, maka pagi tu drama indonesia la jap,tapi babah pujuk2 ok dah.Sampai sekolah teacher Sharon guru kelas kimi bawa pegi playground,syok la.Masa balik ibu pegi ambil,mood Kimi happy jek.Syukur padaMu Ya Allah, ibu akan terus berdoa minta segalanya dipermudahkan.Gambar tu Hakimi buat homework..good boy.

Friday, 28 December 2012
Balik Kampung - part 2
Assalamualaikum..minggu lepas akak bawa anak-anak balik kampung di Sungai Besar,Selangor.Kampung kelahiran atuk dan tempat atuk membesar.Atuk siap tunjukkan lagi sekolah tempat atuk belajar dulu, pada Abang Izzul dan Hakimi.Seronok la anak-anak sesekali balik kampung.Dapat gak la akak snap gambar rumah lama nenek akak.Rumah lama ni dah ditambah jadi dua tingkat.Rumah ni dibina dari kayu yang berkualiti dan tidak dipaku, rumah ni terdiri ada tiga bahagian.Sebelah kanan rumah yang dibina tinggi dengan beranda yang luas disebelah depan kanan rumah yang boleh muat 40 orang.Bahagian tengah rumah terletak ruang tamu yang selalu moyang gunakan untuk majlis kenduri dan tempat keluarga berkumpul dan tidur bila waktu malam.Pasang kelambu tiap kali nak tido..tiga keluarga bole tido.Seronok tau bila berkumpul macam tu.Sebelah ruang tamu ada surau kecil tempat solat berjemaah,kat situ ada jam lama yang besar tu..cukup masa dia akan berbunyi.Sekarang pun ada lagi tau jam antik tu,berat giler.Sebelah surau ada 1 bilik, ni bilik arwah moyang depan bilik tu ada satu lagi bilik.Biasa bilik ni jadi bilik pengantin.
Sayap sebelah kiri rumah yang pula terdiri dari 3 bilik tidur anak-anak perempuan.Ia dipisahkan dengan pintu gerbang yang diukir dari kayu.Biasa kalo kenduri orang perempuan akan duduk dibahagian ni.Dari situ ada dua pintu untuk ke dapur, unik tau sebab ada tangga yang tinggi.Kami cucu moyang selalu gelongsor je nak turun ke dapur..hehe.siap berlumba satu turun dari tangga kanan sorang lagi turun dari tangga kiri.Ruang dapur pun luas,biasa kalo semua balik berkumpul kat dapur makan-makan dan tengok tv.Kat ruang dapur pun ada 1 bilik tido untuk tetamu.Cuma bila balik kampung ni masalahnya bilik mandi diluar..tandas lagi jauh lebih kurang 50meter kebelakang.Ada berani mau gi buang air malam-malam.Tapi bila cucu-cucu moyang dah besa dan ramai kira-kira tahun 80-an barulah ada bilik air dalam rumah.Satu lagi, mengadap beranda ada satu kolam air tau..tempat tu moyang kita selalu mandi.Best mandi kat situ sejuk je air.Kalo anak cucu mandi kat kolam, mak-mak duk kat beranda bersantai.Rindunya pada zaman kanak-kanak.Tapi rumah ni tidak ada orang duduk dah.Moyang perempuan dan adik atuk tinggal di rumah arwah kakak atuk,100 meter dari rumah lama.

Friday, 23 November 2012
Cuti Sekolah Lagi ..Demam Lagi
Salam mesra...hari ni, sedar tak sedar dah hampir dua minggu anak-anak bercuti.Memandangkan cuaca yang tidak menentu kami sekeluarga tidak merancang ke mana-mana.Lagi pula Aisya , Kimi dan ibu sendiri pun tak sihat..jap2 demam ..jap2 ok ..moga kami diberikan kesihatan yang baik hendaknya.aminn..Moga kaki babah pun cepat sembuh yer,bila semua sihat baru la kita bole bergembira untuk ke mana-mana.Sepanjang musim demam yang melanda kat rumah ni pun, tak semena-mena dapur pun kurang berasap,semua hilang selera makan.Akak pun cuma memasak lauk-lauk berasaskan sup tapi itu pun idak membangkitkan selera kami.
Hakimi kalo demam memang nak melekat je gan ibu dier kalo bole nak berpangku sepanjang masa...huhuhhu mana bole anak oiiii ibu manyak keje x siap lagi..bila kimi tido cepat2 bangun buat keje pape yang patut..masa taip entry ni sambil pangku kimi...nak bagi Kimi tido.akhirnya berjaya gak wat dia tertido. so sementara tido tu akak nak basuh pinggan lam sink dulu ...

Wednesday, 6 July 2011
Sedapnyer Kek ni..
Hari ni besday Azim anak jiran depan umah.Kimi memang suka makan kek..maka memang sepotong kek dia bedal sorang..X mau kongsi dengan orang lain dah.Ni la cara kimi yang suka makan yang manis.Kadang tu akak cuba sorok la kalo dia makan banyak, tp mesti dia akan minta Dan terus minta.Memang x leh wat pe dah kalo dia tau makanan yang dia suka ade...
Sunday, 3 July 2011
Kek Batik Ceria
Hari ini genaplah umur Hakimi dua tahun.Semoga Hakimi membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh serta berjaya dalam hidup.Amin....Kek batik ni resipi asal dari jintanmanis.com terima kasih Kak Ros.Tp akak wat hari ni,ikut sukatan sendiri,Milo 1cwn ikea tambah gan dua sudu makan serbuk koko..x guna butter guna creamy marjerin cap tesco dalam 3 sudu besar...cairkan marjerin dan masukkan bahan lain.Dalam resipi asal letak coklat masakan akak x letak pun.ni resipi ikut kepala sendiri yang penting anak2 suka..Hiasan dengan gula urai warna-warni saja wat tarikan untuk anak2..Akak punya part tambah sikit kacang tanah tumbuk sebagai topping nyer.
Thursday, 26 May 2011
Hobi Anak2
Cuaca panas sapa x syok berendam..Hakimi ni mmg dah jd hobi,cuma x larat nk tunggu.Kalo dapat berendam 1jam pun x cukup...ni kolam yang ke-3 Babah belikan tuk anak2.kecik sikit saiz 2kaki..ni jimat cikit air.
Monday, 23 May 2011
Babytv
Pagi sampai ke mlm kalo bole nak tengok channel astro babytv 618.Selagi x buka channel tu, Hakimi akan sebut "babytv" ulang2 kali.Bila dh buka bukan tengok sgt pun.Ada sekali tu Hakimi makan dengan Babah kat dapur.Izzul tukar channel lain.bole Hakimi nangis suh tukar babytv.aduh pening!! X tengok tv pun pun dia tau orang tukar channel lain.
Sunday, 22 May 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)