Tuesday 24 September 2013

Tip Semanis Kurma

Assalamu Alaikum,

Ayat 30 - 31 Surah النمل 

إِنَّهُ مِن سُلَيمٰنَ وَإِنَّهُ بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ 

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

أَلّا تَعلوا عَلَىَّ وَأتونى مُسلِمينَ

Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).

Sebenarnya dah lama dapat doa ini sewaktu menonton rancangan Semanis Kurma yang ditayang di TV9.Menurut Ustazah Noorbayah ayat ni beliau gunakan untuk melembut hati orang-orang yang disayang.Berguna juga untuk berdepan dengan orang-orang yang tidak suka pada kita,atau orang yang sedang marah serta orang-orang atasan kita.

Kadang-kadang manusia didugaan dengan sesuatu yang tidak dijangka.Sebagai seorang Muslim hanya Allah Yang Maha Berkuasa tempat kita mengadu.Berdoa dan bersabar serta redha dengan ujian dari Nya.Mungkin ujian itu penghapus dosa-dosa kita yang lampau.Andai kata kita dibenci,dihina serta difitnah ucapkan syukur sebagai tanda kita redha.Mungkin disebalik kesulitan hari ini ada kemanisan dikemudian hari.

Marilah kita sama-sama hadam ayat2 diatas agar kita sentiasa disenangi dan disayang keluarga ,sahabat dan masyarakat sekeliling kita.

Sekian.

1 comment:

  1. InsyaALLAH...syukran jazilan share tips ni..mmg tercari-cari doa camni. Bukan utk org atasan je...Org bawahan pn boleh.. Ramai juga org bawahan yg berumur kurang ajar dgn pegawai atasan yg muda-mudi... Bila tunjuk card pegawai bru mintak maaf.. Nak marah kesian sbb dh tua.. Kita hembuskan doa ni jela kan...hehe

    ReplyDelete