Tuesday 2 April 2013

Lawatan Ke Kilang Gardenia

Assalamualaikum...moga hari ini lebih baik dari semalam.Hari ni nak cerita pasal kilang roti.Semalam sekolah Aisya dan Hakimi buat lawatan ke "Gardenia" jenama roti yang popular tu.Sebelum ni memang akak ada request nak ikut sekali lawatan ni tapi Teacher Ann kata tidak boleh maka redha je.Tup tup pagi semalam cikgu Aisya tanya jadi tak nak ikut? Apalagi terus setuju memandangkan hati akak ni gundah gulana nak lepaskan Hakimi.Adoii memang bermasalah akak ni...entahlah rasa susah nak kikis tabiat terlalu risaukan anak-anak..Babah selalu cakap yang kena percaya anak-anak ni boleh buat.Yakin dan berdoa untuk anak-anak selalu.Akak percaya mesti 98.99% ibu-ibu kat luar sana punya perasaan yang selalu bimbangkan anak-anaknya.
Oklah kita sambung balik pasal lawatan tu,ada dua orang ibu yang ikut lawatan ni. =_= Dekat je pun kilang roti tu 25 minit dah sampai, pemandu tu bawa sungguh berhemah sekali.Berhati-hatilah ye tak,ramai tu anak-anak kecil dalam bas.Tanggungjawab yang sungguh besar tau nak bawa anak-anak kecil ni.Syabas pada semua guru-guru dan pemandu bas juga kerana jadikan lawatan ni selamat pergi dan balik.Kilang Gardenia tu kat Seksyen 23, sampai je kami semua diberi taklimat ringkas dan menonton animasi mengenai asal usul roti serta proses pembuatan roti.Pendek je lebih kurang 10 minit je video tu..selepas tu kami dibawa ke tingkat dua untuk melihat sendiri bagaimana proses pembuatan roti dari mula sehingga akhir.Bau dalam kilang roti memang wangi je bau roti dimasak.Semua anak-anak kecil jadi lapar sebab tu mereka buat bising hehehe pening kepala guru-guru nak kawal.Sessi lawatan tu lebih kurang 20minit,semua mesin yang buat dari bancuh tepung, uli tepung, bakar dan pembungkusan.Teingat pulak subjek microprocessor masa belajar dulu, konsep tu lah yang digunakan untuk bangunkan sistem tu semua.Akhir sekali kami diberi makan waffle perasa oren seorang sekeping dan secawan susu coklat.Sedap tau waffle perasa oren tu anak-anak kecil tu semua makan dengan berselera.Aisya dan Hakimi pun minta lagi sebab sedap.Masa nak balik setiap orang dapat hadiah roti-roti Gardenia.Minggu ni menu utama kita adalah roti...hahaha
Lepas pusing kilang roti,kami dibawa makan di KFC Bukit Kemuning Shah Alam..anak-anak kecil ni semua dihiburkan dengan moskot chicky,suka benolah depa.Ada permainan, menari dengan moskot chicky dan sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir bulan Mac.Biasalah bila bawa anak-anak kecil berjalankan ada yang dah penat, terkucil lah makanya mulalah ada yang menangis hehehe termasuklah anak akak Hakimi..Pukul 2.30 semua naik bas dan pulang ke sekolah.Dalam bas ada anak-anak kecil tertido, menyanyi, bercerita dan termenung >_< Sampai sekolah semua nya nampak gembira bila nampak ibu-ibu mereka sedang menunggu kepulangan anak-anak kecil.Hakimi dan Aisya bole lak tanya Babah tak datang amik ke?...mereka berdua teruja sangat nak tunjuk hadiah yang diorang dapat pada Babah la tu.

Monday 1 April 2013

Hadiah Dari Babah

Salam Sejahtera, Hari ni kami bakal menerima orang baru, harap semuanya berjalan dengan lancar..Amin...Amin..Amin.
Bulan lepas bulan kelahiran Babah,maaf kami tidak sediakan hadiah.Ibu cuma masak pulut kuning dan rendang ayam untuk meraikannya.Sempena hari lahir Babah tempoh hari, Babah belikan hadiah scooter untuk Aisya,Kimi dan abang Izzul.Sebenarnya dah lama benor Aisya minta dibelikan sejak tengok sepupu dia Nurin bermain scooter.Maka akak buat perjanjian kalo belanja pandai2, baru Babah belikan.Dan disebabkan tahun lepas Aisya telah berjaya mendapat hadiah pelajar terbaik bidang matematik.Akhirnya bulan Mac lepas barulah hajatnya ditunaikan.Moga anak-anak ibu gembira dengan hadiah baru ni..Rasa lepas ni nak wat garaj sale hehehe nak let go mana-mana barang-barang mainan yang dah tersadai.