Friday 27 September 2013

Rahsia Disebalik Istighfar


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan

Kepada para pembaca yang dirahmati Allah.
Saya doakan anda kalian dideraskan
rezeki yang berkat serta tiada habisnya
seperti makhluk Allah yang sentiasa mengelilingi Kaabah,
sentiasa dalam keampunan dan peroleh rahmat-Nya.
Aamiin ya Rabb.

Mahukah andai saya berkongsi mantra
untuk memaksa rezeki masuk?
Mahu? Terima kasih kerana menjawab.
Boleh teruskan bacaan.

Ini adalah perkongsian daripada seorang
sahabat:

Dalam Majalah Al Islam Jan 2012, ada
dikongsikan mantra memaksa rezeki masuk.
Apabila saya melihat tajuk itu, ia seakan-akan
menyentap mata saya.

Sebenarnya ia adalah perkongsian antara
pembaca setia saya. Lantas saya terus
berminat nak baca sepenuhnya.
Hajat hati nak beli. Rupa-rupanya ia
adalah terbitan lama, iaitu Jan 2012.
Dengan izin Allah, pembaca saya
sudi berkongsi bukunya kepada saya.
Alhamdulillah dapat baca.

Pengisiannya menarik. Mantra memaksa
rezeki masuk adalah Istighfar.
Kita ibarat vakum. Apabila ada ruang
kosong, akan ada sesuatu yang
memenuhi ruang itu.

Apabila kita ada dosa, seolah-olah
ruang dalam diri kita telah penuh.

Maka, rezeki sukar untuk memenuhi ruang.
Apabila kita telah bersihkan dengan
 Istighfar, ia akan membuat rezeki
dipaksa masuk untuk memenuhi ruang.
Istighfar adalah penawar untuk
beberapa kes. Contoh, mendapatkan zuriat,
menurunkan hujan.

Keajaiban Istighfar ada dijawab
dalam Surah Nuh ayat 10 dan 11.
Sehingga aku berkata kepada
mereka, "Pohonlah ampun kepada
Tuhan kamu.

Sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun.  Sekiranya kamu
berbuat demikian, Dia akan menghantar
hujan lebat mencurah kepada kamu.
Dan Dia akan memberi kepada
kamu dengan banyaknya
harta kekayaan dengan
anak-pinak.

Dan ia akan mengadakan
bagi kamu, kebun-kebun tanaman,
serta mengadakan bagi kamu
sungai-sungai yang mengalir di
dalamnya."

Dalam ayat di atas, ada 5 sumber
rezeki yang Allah janjikan.
Pertama, rezeki itu akan diturunkan
dalam bentuk hujan yang
mencurah-curah. Oleh sebab itu,
digalakkan dalam solat banyakkan
berisitghfar untuk meminta hujan.
Apabila beristighfar, ia akan
membasmi dosa, memohon taubat
kepada Allah, menghapuskan
kesedihan, maksiat yang akhirnya
akan membawa kebaikan.

Kedua, dengan istighfar juga
ia akan melapangkan rezeki
kita. Oleh sebab itu, perbanyakkan
istighfar jika ingin banyak harta
kekayaan.

Ketiga, Istighfar juga membantu
membanyakkan zuriat.
Ada kisah pasangan yang sudah
berkahwin selama 6 tahun
masih dalam proses melahirkan zuriat.
Apabila isterinya tahu tentang
Surah Nuh, maka beliau
amalkan istighfar dengan
istiqamah dan berterusan
dengan penuh keyakinan.
Dengan izin Allah, setelah 2 bulan
beliau disahkan mengandung.

Subhanallah.
Sumber rezeki ke-empat adalah
kebun tanaman. Disebutkan dalam
Al Quran bersesuaian dengan
waktu Al Quran itu diturunkan.

Iaitu, semasa zaman Rasulullah
sumber utamanya adalah tanaman.
Andai dilihat dalam bidang pertanian,
ia adalah sumber makanan dan
perniagaan sehingga hari ini.
Kelima, sumber rezeki adalah sungai.
Sungai adalah sumber untuk kehidupan,
tumbuhan, haiwan dan manusia.

Kebun yang bagus adalah apabila
ada sungai mengalir di dalamnya.
Sungai itu adalah sumber air yang
utama, menyuburkan tanah,
aman, makmur, boleh menambahkan
kesenangan.

Daripada situ, benarlah Istighfar
itu pembuka rezeki. Istighfar
adalah pembuka segala simpulan
(keserabutan), dan  pemecah kepada
segala masalah.

Seorang pembaca ebook Sistem
Menjemput Rezeki, berkongsi tentang
keajaiban istighfar 1000x.

Klik link di bawah untuk baca,

-- > http://goo.gl/2r2oSf




Email Marketing By:
TrafficWave.net AutoResponders

#artikel ini diterima melalui email.Akak tertarik untuk kongsikannya disini.Semoga  ia membawa manfaat kepada kita semua.Doa yang disertakan begitu indah sekali.

Sekian

Wednesday 25 September 2013

Ajaibla Sangat♥♥♥

Assalamualaikum..

Dengan jakunnya hari ini akak buat kuih bingka pandan guna pemanggang ajaib.Orang lain dah berzaman-zaman dah ada benda ni.Akak je baru diizikanNya untuk memilikinya.Terima kasih ye ummiabi sebab tolong belikan sian kat depa penuh kete lik perlis raya hari tu.Akak borong 6 sekaligus ♡♡ Semua adik beradik nak kirimla sekaligus.Ni gara2 atuk gi Perlis bulan Jun pi beli tuk dia je, pastu dok promote kat kami adik beradik.Terus order dgn ummiabi hihi.
Panjang tul kata2 pembuka bicara, pemanggang ajaib memang bole dipercayai keajaibannya.Ia membantu memudahkan kerja2 membakar contoh nye ikan, ayam,daging dan kuih muih.Cuma satu je yg akak lemah sebab diri ni jenis tak sabar dan jakun sikit maka jap2 dok buka tengok masakan itu.Guna oven bole je tinjau2 tp ni kita kena pandai adjust masa sendiri untuk proses memasak.Setakat ni kalo ayam potong 4 bakar 2 ketul tu dalam 25-30minit masakla.Ikan tu dalam 15 minit ikut saiz.Hari ni buat bingka pandan dalam 50-60 minit tp 40 minit sebenarnya dah masak tapi bingka garing2 barula sedap.Daging dalam 15-20 minit dah ok penah gatai biar lama cikit kekonon nak bg masak la,tgk2 dah agak hitam2 belum tahap hangus ye.Jadi memang setiap umah perlu ada pemanggang ajaib ni, silalah intai tiket ke Langkawi sebab sana bole dapat harga murah.

Sekian

Tuesday 24 September 2013

Tip Semanis Kurma

Assalamu Alaikum,

Ayat 30 - 31 Surah النمل 

إِنَّهُ مِن سُلَيمٰنَ وَإِنَّهُ بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ 

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

أَلّا تَعلوا عَلَىَّ وَأتونى مُسلِمينَ

Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).

Sebenarnya dah lama dapat doa ini sewaktu menonton rancangan Semanis Kurma yang ditayang di TV9.Menurut Ustazah Noorbayah ayat ni beliau gunakan untuk melembut hati orang-orang yang disayang.Berguna juga untuk berdepan dengan orang-orang yang tidak suka pada kita,atau orang yang sedang marah serta orang-orang atasan kita.

Kadang-kadang manusia didugaan dengan sesuatu yang tidak dijangka.Sebagai seorang Muslim hanya Allah Yang Maha Berkuasa tempat kita mengadu.Berdoa dan bersabar serta redha dengan ujian dari Nya.Mungkin ujian itu penghapus dosa-dosa kita yang lampau.Andai kata kita dibenci,dihina serta difitnah ucapkan syukur sebagai tanda kita redha.Mungkin disebalik kesulitan hari ini ada kemanisan dikemudian hari.

Marilah kita sama-sama hadam ayat2 diatas agar kita sentiasa disenangi dan disayang keluarga ,sahabat dan masyarakat sekeliling kita.

Sekian.

Tuesday 7 May 2013

Doa Pelembut Hati

Surah Asy Syura


Ayat 19

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ


Ertinya

Allah Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Tuesday 2 April 2013

Lawatan Ke Kilang Gardenia

Assalamualaikum...moga hari ini lebih baik dari semalam.Hari ni nak cerita pasal kilang roti.Semalam sekolah Aisya dan Hakimi buat lawatan ke "Gardenia" jenama roti yang popular tu.Sebelum ni memang akak ada request nak ikut sekali lawatan ni tapi Teacher Ann kata tidak boleh maka redha je.Tup tup pagi semalam cikgu Aisya tanya jadi tak nak ikut? Apalagi terus setuju memandangkan hati akak ni gundah gulana nak lepaskan Hakimi.Adoii memang bermasalah akak ni...entahlah rasa susah nak kikis tabiat terlalu risaukan anak-anak..Babah selalu cakap yang kena percaya anak-anak ni boleh buat.Yakin dan berdoa untuk anak-anak selalu.Akak percaya mesti 98.99% ibu-ibu kat luar sana punya perasaan yang selalu bimbangkan anak-anaknya.
Oklah kita sambung balik pasal lawatan tu,ada dua orang ibu yang ikut lawatan ni. =_= Dekat je pun kilang roti tu 25 minit dah sampai, pemandu tu bawa sungguh berhemah sekali.Berhati-hatilah ye tak,ramai tu anak-anak kecil dalam bas.Tanggungjawab yang sungguh besar tau nak bawa anak-anak kecil ni.Syabas pada semua guru-guru dan pemandu bas juga kerana jadikan lawatan ni selamat pergi dan balik.Kilang Gardenia tu kat Seksyen 23, sampai je kami semua diberi taklimat ringkas dan menonton animasi mengenai asal usul roti serta proses pembuatan roti.Pendek je lebih kurang 10 minit je video tu..selepas tu kami dibawa ke tingkat dua untuk melihat sendiri bagaimana proses pembuatan roti dari mula sehingga akhir.Bau dalam kilang roti memang wangi je bau roti dimasak.Semua anak-anak kecil jadi lapar sebab tu mereka buat bising hehehe pening kepala guru-guru nak kawal.Sessi lawatan tu lebih kurang 20minit,semua mesin yang buat dari bancuh tepung, uli tepung, bakar dan pembungkusan.Teingat pulak subjek microprocessor masa belajar dulu, konsep tu lah yang digunakan untuk bangunkan sistem tu semua.Akhir sekali kami diberi makan waffle perasa oren seorang sekeping dan secawan susu coklat.Sedap tau waffle perasa oren tu anak-anak kecil tu semua makan dengan berselera.Aisya dan Hakimi pun minta lagi sebab sedap.Masa nak balik setiap orang dapat hadiah roti-roti Gardenia.Minggu ni menu utama kita adalah roti...hahaha
Lepas pusing kilang roti,kami dibawa makan di KFC Bukit Kemuning Shah Alam..anak-anak kecil ni semua dihiburkan dengan moskot chicky,suka benolah depa.Ada permainan, menari dengan moskot chicky dan sambutan hari lahir bagi anak-anak yang lahir bulan Mac.Biasalah bila bawa anak-anak kecil berjalankan ada yang dah penat, terkucil lah makanya mulalah ada yang menangis hehehe termasuklah anak akak Hakimi..Pukul 2.30 semua naik bas dan pulang ke sekolah.Dalam bas ada anak-anak kecil tertido, menyanyi, bercerita dan termenung >_< Sampai sekolah semua nya nampak gembira bila nampak ibu-ibu mereka sedang menunggu kepulangan anak-anak kecil.Hakimi dan Aisya bole lak tanya Babah tak datang amik ke?...mereka berdua teruja sangat nak tunjuk hadiah yang diorang dapat pada Babah la tu.

Monday 1 April 2013

Hadiah Dari Babah

Salam Sejahtera, Hari ni kami bakal menerima orang baru, harap semuanya berjalan dengan lancar..Amin...Amin..Amin.
Bulan lepas bulan kelahiran Babah,maaf kami tidak sediakan hadiah.Ibu cuma masak pulut kuning dan rendang ayam untuk meraikannya.Sempena hari lahir Babah tempoh hari, Babah belikan hadiah scooter untuk Aisya,Kimi dan abang Izzul.Sebenarnya dah lama benor Aisya minta dibelikan sejak tengok sepupu dia Nurin bermain scooter.Maka akak buat perjanjian kalo belanja pandai2, baru Babah belikan.Dan disebabkan tahun lepas Aisya telah berjaya mendapat hadiah pelajar terbaik bidang matematik.Akhirnya bulan Mac lepas barulah hajatnya ditunaikan.Moga anak-anak ibu gembira dengan hadiah baru ni..Rasa lepas ni nak wat garaj sale hehehe nak let go mana-mana barang-barang mainan yang dah tersadai.


Thursday 21 March 2013

Untuk Dia Suamiku Seorang

Terima kasih atas segalanya..
Terima kasih kerana menjadi suami, sahabat dan Babah yang baik.
Semoga diberi kesihatan yang baik dilimpahi rezeki dan diberi kekuatan untuk terus menjadi perlindungan kami semua.Kami sentiasa sayang padamu Babah.

"Ya Allah! Kau kuatkanlah dia, lindungi dia,muliakan dia, kayakanlah dia suamiku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih."


Monday 18 March 2013

Hobi Baru

Assalamualaikum...Hari Isnin biasalah mood ke laut nak mulakan rutin harian.Dah dua hari bercuti dan berehat-rehat bersama keluarga, bila nak mulakan rutin biasa jadi agak lemau lak.Ok la hari ni nak cite pasai anak yang ke tiga.Nama dia Mohammad Izzman Hakimi..panjang betui nama tapi panggil Kimi.Esok sekolah jangan tulis "Kimi" saja udah.Abangnya sekarang ni dengan selamba jew semua kertas-kertas jawapan atau apa-apa projek sekolah dia tulis nama tengah saja :- "Izzul" bole lak gitu.Jenuh akak suh tulis nama penuh siap bagi contoh suh tiru tapi hasilnya tetap sama "Izzul" gak. ^_^ Kalo kakak pula dia tulis " Aisyah " je.Macam-macam anak-anakku ni.Sambung cite Kimi tadi, alkisahnya pagi ni tetiba dia demam..hehe..bila nak sekolah je demam lak.Babah bagi cuti rasmi kat Kimi tersenyum lebar lah Kimi.Suhu badan pagi ni 37.4 demam sikit lah,bagi makan ubat demam pukul 8 pagi tadi. Babah suh pantau dulu kat rumah.Kalo suhu terus naik,babah akan balik bawa pegi klinik.Pagi ni Babah ada meeting nak kena pergi awal.Dah Kimi kat umah memang dia akan minta akak duk dekat dia je temankan dia.Kimi ni sejak sekolah pandai nak melukis, dia akan minta kertas dan warna untuk dia buat aktiviti conteng2.Kalo dulu dinding rumah jadi tempat Kimi melukis..memang setiap dinding ada saja karya Kimi.Nak buat macammana walaupun dinding nampak comot tapi itulah hasil karya anak-anak.Babah pun tak mau cat dinding-dinding tu, walaupun ada gak tetamu mengata.Tapi ada akak kisah sebab hasil-hasil lukisan tu buat kita ketawa dan tersenyum sendiri.Hanya pelukis saja yang tahu apa sebenarnya maksud lukisan itu.


Wednesday 13 March 2013

e-mail digodam!!!!????

Hari ni on je I-phone tetiba kat inbox mail ada 40 e-mail..terkejut akak..scroll down satu-satu ada satu email amaran dari Yahoo!!!..kat bawah ni isi kandung email tu..serius terus tukar katakunci baru.Alam maya pun dah tak selamat, apatah lagi alam realiti, alam barzah ???? Akan selamat selagi kita dilaluan yang sebenarnya.

Masih ragu-ragu dengan kesahihannya.

--------------------------------------------------
Hi ati,

We detected a login attempt with valid password to your Yahoo! account from an unrecognized device on Tue, Mar 12, 2013 10:25 PM CET.

Location: Germany (IP=77.182.127.252)

Note: The location is based on information from your Internet service or wireless carrier provider.

Was this you? If so, you can disregard the rest of this email.

If this wasn't you, please follow the links below to protect your Yahoo! account information from potential future account compromise:

* Activate second sign-in verification with your mobile phone
* Review your login activity
* Change your password
* Update your account password reset info

To learn how sign-in alerts like this one can help you to protect your account information, please visit the Help Center.

Sincerely,

Yahoo! Account Services

-------------------------

Please do not reply to this message. Mail sent to this address cannot be answered.

--------------------------------------------------

Monday 11 March 2013

Tart Keju Resipi II

Assalamualaikum..Hari ni akak nak kongsi satu resipi yang dibuat Sabtu lepas.Resepi ni diambil dari buku masakan yang ditulis oleh Noraini Zakaria judulnya Komplikasi Hidangan Berkeju.Sebelum ni penah buat tart ni guna resipi lain, tapi kali ni saja nak cuba resipi dari buku ni.Hasilnya pastrinya agak kering dan cantik kejadiannya,mungkin guna telur buatkan ia lebih ranggup dan kering.Resipi biasa tu rasanya pastrinya lebih rapuh dan kadang2 melekat pada acuan bila nak keluarkannya.Lepas ni akak akan guna resipi ni sebab tak risau kulit tu pecah sebelum dimakan.

Sumber: Buku Komplikasi Hidangan Berkeju.

Bahan Pastri
450gm tepung gandum
250gm mentega - akak guna Planta
100gm gula castor - guna icing sugar
1 biji telur kecil
2sd teh air sejuk
1sd teh esen vanilla

Inti keju
250gm krim keju
60gm gula castor
50gm mentega
1 biji telur

Caranya: Pastri; Pukul mentega,gula,esen vanilla hingga kembang.
Masukkan telur dan air pukul sebati hingga berkrim.
Masukkan tepung kacau sehingga menjadi doh.Akak guna tangan je.Simpan doh 30minit dalam peti ais.
Terap pada acuan bakar ~20minit suhu 180 darjah.
Keluarkan krim cheese 30minit awal..Putarkan krim keju,mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan putar sebati.Masukkan dalam piping bag lagi mudah untuk dituangkan keatas pastri yang telah sejuk.Bakar semula pada suhu kurang 10minit.Resipi ni kulit dia boleh tahan lama jika dibuat awal.Akak buat tart ni aritu mik masa lama gak 4 jam,pasni tau dah buat pastri dulu.Biar sejuk betul2 kulit tart,baru bancuh inti.Hari tu pun buat tak buh filling dan lukis corak berbagai.Banyak gak dapat kalo ikut resipi ni jenuh nak terap dalam acuan.Acuan ada sikit je pasni nak kena beli acuan lagi >_< .Nak terap tu pasnikan doh agak tipis,kalo tebal sangat x cantik dan inti dapat buh cikit jew..Kalo nak kaya inti kena wat double resipi inti keju.Tapi kalo buh filling bluberi rasa nyer cukup ikut resipi tu.
Yang penting semua suka tart ni.


Friday 1 March 2013

Roti Goreng Cheese

Salam, Pejam celik pejam celik tup tup dah bulan Mac.Sekejap je masa berlalu, begitu pantas ia meninggalkan kita.Sebab semuanya nak kena pantas maka hari ni menu sarapan yang pantas yang mampu ibu sediakan.
Ok la akak turunkan resipi tu kat sini sebab ni pun nak kena pantas kejar masa huhuhu...
Bahan-bahan yang diperlukan:

10 keping roti
5 keping cheese
2 biji telur
2sdbesar tepung
1/2 cawan susu
Caranya: Dengan pantas panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tuang susu dalam pinggan 1 ketepikan, letak tepung dalam pinggan 2, pecahkan telur dalam pinggan ke 3 pukul sebati. Pastikan API perlahan, dengan pantas celup sekeping roti dalam pinggan susu,angkat buh dalam bekas bersih,ambil sekeping cheese letak diatasnya ambil sekeping lagi celup dalam susu dan tindihkan atas cheese.Ambil roti tu, celup dalam telur dan akhir sekali celup dalam tepung.Terus digoreng....siap.

Kata kunci hari ini Pantas

Monday 25 February 2013

Sakit Gigi

Lama sungguh tuan tanah tak masukkan entry baru..Sapa kesah pun,ada blog pun wat suka-suka memeriahkan alam maya.Memang tidak dinafikan ada blogger2 kat luar sana bole buat duit dengan dunia alam maya ni.Bukan tak mahu nak jadi kayo macam blogger2 yang dah femes2 tu,tapi memandangkan ada rutin harian yang perlu diberi keutamaan.Maka adalah lebih baik utamakan apa patut diberi keutamaan...Apalah yang Akak dok merepek..sila abaikan ye...
Berbalik kepada tajuk entry kali ni..Sejak awal tahun ni sebenarnya akak ada masalah dengan gigi.Mula-mula gigi geraham sebelah bawah kiri berlubang, tapi buat2 biasa je.Lama2 tembok tepi gigi berlubang tu dah roboh tanpa disedari..amekaw sekarang merana bila waktu makan.Sakitnya menyengat kalo terkena geraham yang terbocor tu,kadang tu sakitnya sampai bisa satu badan sampai demam-demam tau.Angggap lah ia cobaan hehe..esok ada temujanji gan dentist.Dah lama sebenarnya en.suami nak bawa gi dentist tapi akak jew wat2 tahan sakit elak xmau gi :-) Tapi kalo asyik sampai demam-demam sapa nak wat keje umah...en.suami juga yang kena take over.
Harap-harap esok semuanya berakhir,memang dah tak bole elak kena serahkan juga gigi ni.Kira ni gigi geraham yang kedua dicabut, harap lepas ni semua gigi sihat2 dan boleh menjalankan fungsinya sebaik mungkin.

Tuesday 29 January 2013

100 Chocolate Moist Cupcakes

Assalamualaikum..Syukur berjaya agak siapkan 100 cuppies semalam.Terima kasih ye,Faezah mama Chicha order 75 cuppies dari Mak Lang.Kebetulan hari ni pun sekolah tadika Aisya dan Kimi buat sambutan hari lahir, jadi kira sekali 100++ cuppies akak godek.Untuk bawa gi sekolah hias biasa je, tabur coklat rice buh kacang warna-warni.Untuk tempahan gigih la hiasan bunga,rerama,bentuk love2 kata nak nampak cantik..hehe..Bila dah siap semua nampak santek la, walaupun ada yang tak bape nak jadi munge n dedaun..pertama kali tu mik order.
Kek tu guna resipi kek coklat, atas tu buh buttercream campuran krimwell dan shortening.Main cream2 ni satu je yang leceh bila nak basuh tapi akak main rendam lam air panas, settle the oily problem.

note to myself: plz don't try to chance anything..follow the recipe accordingly.

Wednesday 9 January 2013

Jom Pi Perlis

Assalamualaikum....lepas baca entry dari
nukilanummiabi: Kampungku indah nan permai#3

Hati ni begitu teruja nak ke Perlis.Ummiabi minta halal ye link ni.Dalam kepala sedang merancang untuk ke sana tapi bila, tidak tahu lagi.Tunggu anak-anak cuti dan kelapangan en.abang.Terbayang-bayang pada kenangan zaman kanak-kanak waktu pulang ke kampung..:-(

Friday 4 January 2013

Rutin Baru

Assalamualaikum...
Minggu pertama persekolahan memang agak kelam kabut sebab tahun ni Hakimi bersekolah.Macam tidak percaya je budak kecik tu dah masuk sekolah tadika.Hakimi masuk sekolah tadika Krista sama macam kakak Aisyah, bole lah kakak Aisya tengok-tengokkan Kimi.Hari pertama pergi sekolah Kimi tak mau pakai uniform sekolah maka belasah jek pakai baju cartoon angry bird dan selipar ben 10, sampai sekolah je mula tak mau masuk nak duduk luar je katanya.Bila pujuk-pujuk baru nak masuk siap bagi syarat suh ibu masuk sekali.Mula ikutkan je sebab hari pertama, bila ibu dok sebelah Kimi ok je.Bila ibu keluar masa tu lah berjujuran airmata tapi ibu balik gak sebab dah 1jam dok dalam kelas tu.Masa waktu ambil balik ibu dan babah datang awal 15minit tetiba terdengar suara dia melalak nak balik...hehehe budak ni macam tau tau ibu dah datang.Hari kedua pagi tu Kimi mula buat alasan tak mau pakai baju sekolah lagi..tapi pujuk -pujuk baru nak pakai.Pergi sekolah mcam biasa gelak-gelak lagi, bila masuk kelas dia minta ibu temankan ...alahai tak pasal dua jam dok saja dalam kelas Hakimi.Sian kat babah kena tunggu lama kat luar, dah hari tu babah ada exam kul 2 petang.Pukul 10 pagi lepas waktu makan, ibu balik rumah nak masak tuk babah.Kelam kabut gak sebab masa dah banyak lari dari perancangan awal.Masa waktu balik Hakimi pun bantai melalak huhuhu alasannya napa tak tunggu Kimi, bole dia tanya macam tu.Hari ketiga memang nekad pegi hantar je lepas tu balik, pukul 11.45 baru datang amik huhuhu elok je nampak ibu budak tu melalak tanya babah mana pulak? Jenuh bagitau babah pegi keje, baru dia diam dan pegi main sambil tunggu kakak aisya
Setiap pagi memang akan berlaku drama swasta, drama tamil , cite hisdustan , cite korea errmmmm tak tahu nak layan berapa episod setiap drama-drama tu.Harap -harap semua episod akan cepat berakhir.

Minggu kedua hari Isnin dan Selasa Kimi demam, jawabnya cuti la Hakimi.Aisya pun dapat pelepasan gak hari Isnin tu hehe.Ibu malas nak tengok drama korea bagi je cuti terus senyap.Hari Rabu pegi sekolah semula, maka pagi tu drama indonesia la jap,tapi babah pujuk2 ok dah.Sampai sekolah teacher Sharon guru kelas kimi bawa pegi playground,syok la.Masa balik ibu pegi ambil,mood Kimi happy jek.Syukur padaMu Ya Allah, ibu akan terus berdoa minta segalanya dipermudahkan.Gambar tu Hakimi buat homework..good boy.