Friday 27 September 2013

Rahsia Disebalik Istighfar


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan

Kepada para pembaca yang dirahmati Allah.
Saya doakan anda kalian dideraskan
rezeki yang berkat serta tiada habisnya
seperti makhluk Allah yang sentiasa mengelilingi Kaabah,
sentiasa dalam keampunan dan peroleh rahmat-Nya.
Aamiin ya Rabb.

Mahukah andai saya berkongsi mantra
untuk memaksa rezeki masuk?
Mahu? Terima kasih kerana menjawab.
Boleh teruskan bacaan.

Ini adalah perkongsian daripada seorang
sahabat:

Dalam Majalah Al Islam Jan 2012, ada
dikongsikan mantra memaksa rezeki masuk.
Apabila saya melihat tajuk itu, ia seakan-akan
menyentap mata saya.

Sebenarnya ia adalah perkongsian antara
pembaca setia saya. Lantas saya terus
berminat nak baca sepenuhnya.
Hajat hati nak beli. Rupa-rupanya ia
adalah terbitan lama, iaitu Jan 2012.
Dengan izin Allah, pembaca saya
sudi berkongsi bukunya kepada saya.
Alhamdulillah dapat baca.

Pengisiannya menarik. Mantra memaksa
rezeki masuk adalah Istighfar.
Kita ibarat vakum. Apabila ada ruang
kosong, akan ada sesuatu yang
memenuhi ruang itu.

Apabila kita ada dosa, seolah-olah
ruang dalam diri kita telah penuh.

Maka, rezeki sukar untuk memenuhi ruang.
Apabila kita telah bersihkan dengan
 Istighfar, ia akan membuat rezeki
dipaksa masuk untuk memenuhi ruang.
Istighfar adalah penawar untuk
beberapa kes. Contoh, mendapatkan zuriat,
menurunkan hujan.

Keajaiban Istighfar ada dijawab
dalam Surah Nuh ayat 10 dan 11.
Sehingga aku berkata kepada
mereka, "Pohonlah ampun kepada
Tuhan kamu.

Sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun.  Sekiranya kamu
berbuat demikian, Dia akan menghantar
hujan lebat mencurah kepada kamu.
Dan Dia akan memberi kepada
kamu dengan banyaknya
harta kekayaan dengan
anak-pinak.

Dan ia akan mengadakan
bagi kamu, kebun-kebun tanaman,
serta mengadakan bagi kamu
sungai-sungai yang mengalir di
dalamnya."

Dalam ayat di atas, ada 5 sumber
rezeki yang Allah janjikan.
Pertama, rezeki itu akan diturunkan
dalam bentuk hujan yang
mencurah-curah. Oleh sebab itu,
digalakkan dalam solat banyakkan
berisitghfar untuk meminta hujan.
Apabila beristighfar, ia akan
membasmi dosa, memohon taubat
kepada Allah, menghapuskan
kesedihan, maksiat yang akhirnya
akan membawa kebaikan.

Kedua, dengan istighfar juga
ia akan melapangkan rezeki
kita. Oleh sebab itu, perbanyakkan
istighfar jika ingin banyak harta
kekayaan.

Ketiga, Istighfar juga membantu
membanyakkan zuriat.
Ada kisah pasangan yang sudah
berkahwin selama 6 tahun
masih dalam proses melahirkan zuriat.
Apabila isterinya tahu tentang
Surah Nuh, maka beliau
amalkan istighfar dengan
istiqamah dan berterusan
dengan penuh keyakinan.
Dengan izin Allah, setelah 2 bulan
beliau disahkan mengandung.

Subhanallah.
Sumber rezeki ke-empat adalah
kebun tanaman. Disebutkan dalam
Al Quran bersesuaian dengan
waktu Al Quran itu diturunkan.

Iaitu, semasa zaman Rasulullah
sumber utamanya adalah tanaman.
Andai dilihat dalam bidang pertanian,
ia adalah sumber makanan dan
perniagaan sehingga hari ini.
Kelima, sumber rezeki adalah sungai.
Sungai adalah sumber untuk kehidupan,
tumbuhan, haiwan dan manusia.

Kebun yang bagus adalah apabila
ada sungai mengalir di dalamnya.
Sungai itu adalah sumber air yang
utama, menyuburkan tanah,
aman, makmur, boleh menambahkan
kesenangan.

Daripada situ, benarlah Istighfar
itu pembuka rezeki. Istighfar
adalah pembuka segala simpulan
(keserabutan), dan  pemecah kepada
segala masalah.

Seorang pembaca ebook Sistem
Menjemput Rezeki, berkongsi tentang
keajaiban istighfar 1000x.

Klik link di bawah untuk baca,

-- > http://goo.gl/2r2oSf




Email Marketing By:
TrafficWave.net AutoResponders

#artikel ini diterima melalui email.Akak tertarik untuk kongsikannya disini.Semoga  ia membawa manfaat kepada kita semua.Doa yang disertakan begitu indah sekali.

Sekian

Wednesday 25 September 2013

Ajaibla Sangat♥♥♥

Assalamualaikum..

Dengan jakunnya hari ini akak buat kuih bingka pandan guna pemanggang ajaib.Orang lain dah berzaman-zaman dah ada benda ni.Akak je baru diizikanNya untuk memilikinya.Terima kasih ye ummiabi sebab tolong belikan sian kat depa penuh kete lik perlis raya hari tu.Akak borong 6 sekaligus ♡♡ Semua adik beradik nak kirimla sekaligus.Ni gara2 atuk gi Perlis bulan Jun pi beli tuk dia je, pastu dok promote kat kami adik beradik.Terus order dgn ummiabi hihi.
Panjang tul kata2 pembuka bicara, pemanggang ajaib memang bole dipercayai keajaibannya.Ia membantu memudahkan kerja2 membakar contoh nye ikan, ayam,daging dan kuih muih.Cuma satu je yg akak lemah sebab diri ni jenis tak sabar dan jakun sikit maka jap2 dok buka tengok masakan itu.Guna oven bole je tinjau2 tp ni kita kena pandai adjust masa sendiri untuk proses memasak.Setakat ni kalo ayam potong 4 bakar 2 ketul tu dalam 25-30minit masakla.Ikan tu dalam 15 minit ikut saiz.Hari ni buat bingka pandan dalam 50-60 minit tp 40 minit sebenarnya dah masak tapi bingka garing2 barula sedap.Daging dalam 15-20 minit dah ok penah gatai biar lama cikit kekonon nak bg masak la,tgk2 dah agak hitam2 belum tahap hangus ye.Jadi memang setiap umah perlu ada pemanggang ajaib ni, silalah intai tiket ke Langkawi sebab sana bole dapat harga murah.

Sekian

Tuesday 24 September 2013

Tip Semanis Kurma

Assalamu Alaikum,

Ayat 30 - 31 Surah النمل 

إِنَّهُ مِن سُلَيمٰنَ وَإِنَّهُ بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ 

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

أَلّا تَعلوا عَلَىَّ وَأتونى مُسلِمينَ

Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).

Sebenarnya dah lama dapat doa ini sewaktu menonton rancangan Semanis Kurma yang ditayang di TV9.Menurut Ustazah Noorbayah ayat ni beliau gunakan untuk melembut hati orang-orang yang disayang.Berguna juga untuk berdepan dengan orang-orang yang tidak suka pada kita,atau orang yang sedang marah serta orang-orang atasan kita.

Kadang-kadang manusia didugaan dengan sesuatu yang tidak dijangka.Sebagai seorang Muslim hanya Allah Yang Maha Berkuasa tempat kita mengadu.Berdoa dan bersabar serta redha dengan ujian dari Nya.Mungkin ujian itu penghapus dosa-dosa kita yang lampau.Andai kata kita dibenci,dihina serta difitnah ucapkan syukur sebagai tanda kita redha.Mungkin disebalik kesulitan hari ini ada kemanisan dikemudian hari.

Marilah kita sama-sama hadam ayat2 diatas agar kita sentiasa disenangi dan disayang keluarga ,sahabat dan masyarakat sekeliling kita.

Sekian.