Friday 28 December 2012

Balik Kampung - part 2

Assalamualaikum..minggu lepas akak bawa anak-anak balik kampung di Sungai Besar,Selangor.Kampung kelahiran atuk dan tempat atuk membesar.Atuk siap tunjukkan lagi sekolah tempat atuk belajar dulu, pada Abang Izzul dan Hakimi.Seronok la anak-anak sesekali balik kampung.Dapat gak la akak snap gambar rumah lama nenek akak.Rumah lama ni dah ditambah jadi dua tingkat.Rumah ni dibina dari kayu yang berkualiti dan tidak dipaku, rumah ni terdiri ada tiga bahagian.Sebelah kanan rumah yang dibina tinggi dengan beranda yang luas disebelah depan kanan rumah yang boleh muat 40 orang.Bahagian tengah rumah terletak ruang tamu yang selalu moyang gunakan untuk majlis kenduri dan tempat keluarga berkumpul dan tidur bila waktu malam.Pasang kelambu tiap kali nak tido..tiga keluarga bole tido.Seronok tau bila berkumpul macam tu.Sebelah ruang tamu ada surau kecil tempat solat berjemaah,kat situ ada jam lama yang besar tu..cukup masa dia akan berbunyi.Sekarang pun ada lagi tau jam antik tu,berat giler.Sebelah surau ada 1 bilik, ni bilik arwah moyang depan bilik tu ada satu lagi bilik.Biasa bilik ni jadi bilik pengantin.
Sayap sebelah kiri rumah yang pula terdiri dari 3 bilik tidur anak-anak perempuan.Ia dipisahkan dengan pintu gerbang yang diukir dari kayu.Biasa kalo kenduri orang perempuan akan duduk dibahagian ni.Dari situ ada dua pintu untuk ke dapur, unik tau sebab ada tangga yang tinggi.Kami cucu moyang selalu gelongsor je nak turun ke dapur..hehe.siap berlumba satu turun dari tangga kanan sorang lagi turun dari tangga kiri.Ruang dapur pun luas,biasa kalo semua balik berkumpul kat dapur makan-makan dan tengok tv.Kat ruang dapur pun ada 1 bilik tido untuk tetamu.Cuma bila balik kampung ni masalahnya bilik mandi diluar..tandas lagi jauh lebih kurang 50meter kebelakang.Ada berani mau gi buang air malam-malam.Tapi bila cucu-cucu moyang dah besa dan ramai kira-kira tahun 80-an barulah ada bilik air dalam rumah.Satu lagi, mengadap beranda ada satu kolam air tau..tempat tu moyang kita selalu mandi.Best mandi kat situ sejuk je air.Kalo anak cucu mandi kat kolam, mak-mak duk kat beranda bersantai.Rindunya pada zaman kanak-kanak.Tapi rumah ni tidak ada orang duduk dah.Moyang perempuan dan adik atuk tinggal di rumah arwah kakak atuk,100 meter dari rumah lama.

Saturday 22 December 2012

Balik Kampung

Budak balik kampung..panas2 pun dok luar main..layan jek.Kat rumah tentu tak bole wat macam ni.Enjoy Kimi!

Thursday 20 December 2012

Tart Nanas Disember

Assalamualaikum..hari ni nak cite pasal tart nanas, tajuk entry bukan main lagi hihihi.Sebenarnya tart ni akak dah godek dua hari lepas, buat satu adunan dapatlah 70 biji. Cuti sekolah mesti ada kudapan untuk kunyah- kunyah sambil waktu makan.Sapa lah yang nak agaknya yang terlebih kunyah tu..tentula akak dan kimi.Celik mata kunyah 5-6 biji, sambil duduk2 kunyah 5-6 biji nak pejam mata kunyah lagi 7-8 biji.hehehe.Tau-tau dah tinggal suku balang.Yang penting Babah pun suka lik keje pas dinner mesti makan tart nanas ni dan yang makan lebih tentunya akak la.Mungkin raya aritu tak puas makan tart nanas.Kebetulan bahan dah ada tu yang terlebih rajin.Padahal plan nak masak kuih lain,tetiba jadi tart nanas.Resipi ni pun olahan dari beberapa resipi yang ditemui.Babah kata sedap lepas ni memang akan guna resipi ni jew,sebab lepas ujian kualiti control.Pernah try resipi lain dulu tapi tart dia terlalu rapuh.Resipi nenek dulu pun sedap gak, siap wat jualan tapi dulu-dulu Mak kita ikut sukatan dia sendiri sukat guna cawan.Resipi ni lebih kurang resipi mak cuma guna sukatan gram, zaman 2000 ni kita main timbang2 pulak.

p/s:Ummi kalo ada resipi dari tok mak tart share bole.

Tart Nanas
250gm butter@ guna seketul butter
50gm gula icing @60gm gula caster
1 biji kuning telur
1sdteh esen vanilla
95gm tepung kastard
5gm tepung jagung
340gm tepung gandum - jgn letak semua ikut kelembutan doh tu nanti
Jem nanas secukupnya
hiasan : 1biji kuning telur tambah sedikit pewarna kuning dikacau sebati.

Caranya:
1.jem nanas bentukkan jadi bebola kecil sebesar biji asam jawa
2.ayak tepung gandum, ayak tepung kastard dan tepung jagung
3.pukul butter,gula,kuning telur dan esen sehingga sebati.
4.masukkan tepung kastard dan tepung jagung.Masukkan sedikit-sedikit tepung gandum.uli sehingga jadi doh.
5.rehatkan 15minit
6.terap doh letakkan jem nanas dan gulung dan sapu kuning telur hiasan *part ni akak kena practice lagi
7.bakar pada suhu 180 darjah selama 15-18 minit
8. Sejukkan baru simpan dalam bekas yang kedap udara.

Friday 14 December 2012

Selera Anak-Anak

Salam Jumaat..Hari ni ibu buatkan menu ringkas untuk anak-anak yang comel iaitu mee sos tomato.Anak-anak suka makan mee, kalo bole setiap hari suh ibu goreng mee.Tapi tak sampai hati lak rasa nak bagi makan mee hari-hari.Sebolehnya akak cuba masak menu berbeza untuk tarik minat makan anak-anak.Kadang tu bila resipi tu menjadi dan kena selera anak-anak rasa puas bila anak-anak makan dengan berselera.Tapi bila anak-anak tidak suka akak la jadi tukang perabis.
Selera Aisya semua dia bole makan, lagi kalo masak ayam pedas,sambal sardin,sambal ikan bilis,udang,ketam sambal , lontong semua dia bole masuk.Macam selera ibu juga, Aisyah ni semua bole masuk.Kimi mesti ada nasi dan kuah,kuah tak kisah apa2 pun tapi pilihan utama kuah pedas contoh sambal tumis,ayam sambal asalkan ada rasa pedas cikit.Abang Izzul memang payah nak duga selera dia.Pilihan utama dia selalunya roti canai kuah dal atau kari.Abang bole makan tiga keping roti canai kalo kuahnya sedap.Lagi menu pilihan Abang Izzul bubur yang ibu buat,kari ibu buat, mee atau mihun ibu buat, telur dadar,ayam goreng,bubur beli @McD..pendek kata ibu yang kena masak.Keropok ikan mesti ada tuk dijadikan lauk sampingan.Kalo kuih-kuih kegemaran anak-anak biasanya karipap inti keledek, pizza abang n Aisya je kot.Kimi lagi suka kek, kek coklat,red velvet dan creamcheese frosting.Yang paling utama masakan ibu gak yang anak-anak suka, itu sudah cukup untuk ibu bereksperimen di dapur.Kat bawah ni akak tuliskan resipi eksperimen ibu hari ni mee goreng sos tomato.Kalo tak suka mee bole je gantikan dengan spagetti atau pun mi lidi yang telah direbus lembut.

Mee Goreng Sos Tomato

150gm mee kuning.basuh rendam air panas seketika dan toskan

Bahan2 untuk Kuah sos tomato

1/2bj bwg besar
1ulas bwg putih kecil }diblend
2-3sdb tomato purée
1/4c cili SOS
1/4c susu cair* jika suka
Air ikut suka -jgn byk sgt nnti jd sup
Garam Dan gula
Sausage ikut suka ~
1/2sdt lada itam dtumbuk

Tumis bwg kisar hingga naik bau.
Masukkn tomato puri kacau tambah air 3sdb dulu kacau
Masukkn sos cili,susu kacau masukkn sausage..kacau rata biar didih 1minit masukkan lada itam..buh garam dan gula ikut suka..kalo nak berkuah cikit tmbh la air ikut suka.
Kali ni akak masukkan terus mee,kacau biar seketika.
Siap untuk dimakan.


Wednesday 12 December 2012

Aktiviti Hari Ini

Assalamualaikum...hari ni 12.12.12 tarikh yang cukup unik.Pasti ramai yang abadikan satu pengalaman terindah pada hari ni. Pada akak, hari ni cukup panas untuk aktiviti membasuh kain maklum lah sejak hari Ahad asyik hujan je.Memandangkan kami baru lik dari cuti-cuti Malaysia dah tentu kain baju bertimbun-timbun.Mujur hari ni cuaca panas maka semua timbunan kain baju dapat dicuci dan kering dengan sempurna.Sekarang kain-kain baju itu sedang berbaris untuk dilipat dan disusun ke dalam almari tapi Babah janji nak tolong lipat sekali cepat sikit keja akak.Entry cuti-cuti Malaysia nanti akan diletakkan kemudian sebab gambo2 lum transfer ke komputer.Dalam I-phone sekeping pun xde mik gambar tuk kenangan.



Thursday 6 December 2012

Sedap ke Durian Crepe

Assalamualaikum..

Sana sini orang dok tayang Durian Crepe.Resipinye mak aiii macam versi ada guna tepung gandum saja,ada guna 4,5,6 dan 7 jenis tepung.Kalo perasan orang jual durian pun merata, balik Pantai Dalam bersepah orang jual durian.Naik lif pun terbau-bau durian.Babah pun dok pakat beli durian sebiji dua gara-gara ibu dok cite pasal durian crepe aka lempeng durian.
Memang hajat nak buat tu ade,dah kaji beberapa jenis resipi tapi bila durian tu dok ada whipping cream x jupe2.Penah jupe whipping cream tu ada jual kat Hero Putra Height tapi masa tu rasa macam x perlu beli.Bila cari tak jupe lak ,ia menyorok kot atau laku cam buah durian gak.
Oleh kerana durian crepe ni bikin akak penasaran.Kebetulan ada tokey kek yang tinggal dikawasan kejiranan menjualnya 5 ketul RM10, terus jek sms semalam,pagi tadi kul 11 pagi gi amik.Siap beli dua kotak, 1 kotak dah selamat dalam perut ibu dan Aisya.1 untuk ibu satu untuk Aisya nentunyer ibulah yang makan lebihkan hahaha.Lagi 1 set tinggal kat untuk Babah tu ayat Kimi.
Sedap sangat DC ni sampai akak pun gilekan nyer.Jawapannya rasanya macam kita makan seulas durian bezanya ada kulit yang lembut yang cair dimulut tentunya diperbuat dari tepungkan.Cuma tidak dapat dipasti berapa jenis tepung yang digunakan.Diganding lagi dengan rasa krim yang sedap tu..mak aiii sedap psst...sori yer ummiabi kalo terkecur.
Oklah setakat ni nak gi perabis apam dot dot tu..kalo x habis akak jew yang tukang perabis...ngeriii nak naik penimbang Cu La..


Tuesday 4 December 2012

Kita Sakit Sebab Allah Ingat Pada Kita

Assalamualaikum..tinggal beberapa minggu je sessi sekolah dah nak bermula.Sekejap je cuti sekolah setengah bulan dah nak berakhir.Abang Izzul sepanjang cuti,akak masukkan ke program 'Daurah Penghayatan Remaja Islam' di Masjid Negeri Shah Alam.Dapat juga ilmu dan kawan-kawan baru sepanjang program ini yang bermula pada 19 Nov~27 Dis 2013.
Minggu lepas abang balik dari program tu terus ke dapur cari ibu dia yang memang suka dok ceruk dapur.Selepas minum seteguk air terus abang berdialog dengan ibu,

Abang Izzul: ibu,ustaz cakap tadi, kalo kita sakit tanda Allah tu ingat pada kita.

Ibu: betul la tu, Allah nak kita sentiasa solat dan berdoa.Bila kita terlupa solat dan ikut perintah Allah sebab tu Allah beri kita sakit..

Abang Izzul: abg, pening kepala kena ujan tadi...ye ye Allah ingat pada Abang..

Ibu: (hanya mampu tersenyum) bangga

Syukur Alhamdullilah, Kimi dan Aisya pun dah sihat seperti biasa.Bangkit dari demam tu kuat betul mereka berdua makan.Mungkin nak ganti balik zat-zat yang ilang.Sekarang ni,Wan mak Babah pulak yang kurang sihat di kampung.Babah pun bergilir-gilir dengan adik beradik Babah yang lain balik menjaga Wan.Akak berharap anak - anak ibu akan contohi Babah ye yang sentiasa mahu berjasa pada orang tua yang membesarkannya.Nasib kampung Wan dekat je area Kuala Kubu Baru sejam je dari KL.Dulu pun masa bujang Babah memang berulang dari Kkb ke tempat kerja di KL.

P/s: abang,aisya,kimi sentiasa ingat Allah ...solat dan ikut perintah Allah
Ingat ibu dan Babah.doakan kami selalu samada hidup ataupun dah mati.
Bila ada masa luangkan masa bersama keluarga kita.

Friday 23 November 2012

Cuti Sekolah Lagi ..Demam Lagi

Salam mesra...hari ni, sedar tak sedar dah hampir dua minggu anak-anak bercuti.Memandangkan cuaca yang tidak menentu kami sekeluarga tidak merancang ke mana-mana.Lagi pula Aisya , Kimi dan ibu sendiri pun tak sihat..jap2 demam ..jap2 ok ..moga kami diberikan kesihatan yang baik hendaknya.aminn..Moga kaki babah pun cepat sembuh yer,bila semua sihat baru la kita bole bergembira untuk ke mana-mana.Sepanjang musim demam yang melanda kat rumah ni pun, tak semena-mena dapur pun kurang berasap,semua hilang selera makan.Akak pun cuma memasak lauk-lauk berasaskan sup tapi itu pun  idak membangkitkan selera kami.




Hakimi kalo demam memang nak melekat je gan ibu dier kalo bole nak berpangku sepanjang masa...huhuhhu mana bole anak oiiii ibu manyak keje x siap lagi..bila kimi tido cepat2 bangun buat keje pape yang patut..masa taip entry ni sambil pangku kimi...nak bagi Kimi tido.akhirnya berjaya gak wat dia tertido. so sementara tido tu akak nak basuh pinggan lam sink dulu ...

Tuesday 30 October 2012

Swissroll Ku Menjadi

Assalamualaikum..malam ni ntah pe mimpi terajin nak update blog lak.Sejak ber'Umobile' ni line internet kira ok la, tak la suam suam kuku macam selalu.Ni kira dah kali empat tukar perkhidmatan broadband hehehe..harap ni bole la bertahan lama sikit.Dah alang-alang ada line ni, akak berkenan nak simpan resipi swissroll ni kat sini mana tau la bila-bila nak buat bole rujuk kat sini.Sebenarnya dah ada salin kat dalam buku nota.Tapi tak tahu la berapa panjang hayat kertas salinan tu, kata sehelai kertas kalo asyik diusung sana sini mau terkoyak ke, terbakar ke, segala ter yang sesuai lah.Dah zaman moden sekarang gunakanlah kesempatan yang adakan.Mana tau esok lusa umur tak panjang ada juga la kenangan.Dah jauh sangat dari tujuan asal ni hahahaha..jom tengok resipinya.Ni pu dapat dari hasil tangkapan en.google...terima kasih pada tuan punya resipi.Ni bukan nyer versi  'copy paste'  tau gigih betul taip malam ni...




Resipi swissroll (akak guna loyang 10X10 tu je yg ader)

Bahan A
3biji telur B
2oz gula castor
1/2 sd teh esen vanilla
1/2 sd besar ovallete

Bahan B
1.5oz tepung gandum
1/2 sd teh baking powder * tak letak terlupa
1/2 sd besar susu tepung

Bahan C
2oz minyak

*gris loyang letak kertas minyak..
*gunting kertas lebih 4inchi dari saiz asal  loyang.buat dua keping.guna sekeping dulu tau

Cara-cara :
1.Panaskan oven 170C, api atas bawah.Ayak bahan B ketepikan
2.Pukul telur, gula dan esen vanilla sampai kembang (4-5minit)
3.Masukkan ovallete pukul tahap maksima 5-7minit * sampai betul2 kembang
4.Masukkan bahan B, kacau sebati
5.Masukan bahan minyak  kacau sebati
6.Tuang aduanan ke dalam loyang yang sudah dilapik
7.Tinggalkan 3sdbesar  adunan warnakan dan buat deco ikut suka..
8.Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit hingga masak

Bila dah masak, biar sejuk seketika baru terbalikan atas kertas minyak yang baru.Buat dengan perlahan untuk elakkan kek patah.Pastikan yang bercorak dibawah dan yang tidak bercorak diatas, tanggalkan kertas minyak pertama secara perlahan2.
Sapukan filling yang disukai, akak guna jem strawberi kali ni.Dengan lemah lembut gulung kek tersebut dengan menggunakan kertas minyak yang dibawah kek tersebut.Siap digulung biarkn 30 minit agar gulungan tidak terbuka.Ikut resipi ada baking powder tapi enta macam mana bole terlupa nak letak, nasib baik ia tetap menjadi dengan jayanya.Pasni nak cuba buat  buh baking powder tu.Kat bawah tu akak letak sekali formula nak tukar oz ke gram dan ml.

1oz ~ 28.34g
1oz~29.73ml













Thursday 4 October 2012

Projek Minggu Lepas

Buat lagi tapi versi cupcakes.Comel je nak makan pun sekali ngap jek..
Filling atas sama ikut resipi biasa.Caranya masukkan sekeping biskut oreo ke dalam solo cup..guna 2 bungkus oreo dapatlah 20 cup..Panaskan oven ..pukul bahan cheese dan campurkan 3-4 keping biskut oreo yang dihancurkan.Tuang ke dalam cup yang ada biskut Oreo tadi.Bakar 15-20 minit.Sejukkan dan boleh makan.Lagi sedap simpan dalam peti ais semalaman.Lepas ni kalo nak makan buat malam..simpan semalaman sok baru makan.... Tapi bole ke nafsu makan bertahan ?????

Nasihat Untuk Diri Dan Semua

Friday 28 September 2012

Cheese lagi

Assalamualaikum..hari ni pagi lagi dah hujan.Sangkakan hujan sampai ke petang tapi mujur kul 11 dah berhenti,syukur Alhamdullillah mudah Aisya nak pergi sekolah dan abang Izzul balik dari sekolah nanti.Minggu ni abang Izzul sekolah hingga jam 12.00 je kul 1 dah sampai umah.Pelajar tahun 6 sedang menduduki UPSA ,pas ni tak merasa la anak2 kita mik ujian macam tu.Macammana agak ye lepas ni kali UPSR n UPSA ni mansuhkan.Makin sukar atau mudah pembelajaran mereka????
Oreo cheesecake ni akak buat sebab ada lebihan krim cheese buat cheesetart hari tu.Yelah dari terbuang kan,akak pun olah je jadi oreo cheesecake.hehe..sebenarnya malas nak uli doh kulit tart tu.Guna biskut oreo sebagai base lagi la anak2 suka laju je memasing,Babah pun merasa 2 potong kecik je.Takpa lain kali ibu wat lagi ok.Resipi ni mik hasil tangkapan google .

OREO CHEESECAKE
Sumber: kak ummi

Bahan Dasar:-
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 50gm mentega cair
Cara-cara:
 
Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan,masukkan kesemuanya dlm loyang dan tekan2.Kalo ada springfoam lagi senang.Akak cuma lapik alluminium foil buh dalam loyang biar lebih2 terkeluar. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Filling atas tu ikut resipi filling cheesetart je.
250gm krim keju
50gm butter
60gm gula halus
1biji telur gred B

Keluarkan krim keju 30minit sebelum digunakan.Pukul semua bahan sehingga kembang.Nak sedap tambah sikit biskut oreo kisar.
Tuang diatas base oreo yang sudah siap .Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam .Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
Akak buat setengah adunan dapatla satu loyang kecik je.





Tuesday 25 September 2012

Cheesetart Kak Su berinti Coklat

Akhirnya hasrat nak buat kuih ni terlaksana.Ntah berapa kali butter tu keluar masuk dari peti sejuk.Bila nak buat ada je halangan tu yang tak terbuat2.Jumaat lepas Kimi tetiba demam panas yang peliknya siang ok tapi bila dah senja mula badan dia panas.Yang lagi buat akak risau tengah malam suhu badan sampai 39^,memang kena masukkn ubat kot belakang.Suap kut mulut memang dah tak bole jalan sebab mesti muntahkan balik.Dugaan betul.
Okla berbalik pada Cheesetart ni..hehe resipi ni nuntut dari kak ipar kat Rasa.Tak la susah sangat nak membuatnya cuma antara rajin dan malas je.Semangat tu ada,tapi bila mikir ade ke yang nak makan? Tu yang kadang2 jadi lemau nak menguli.Akak tulis resipi kat sini buat rujukan akan datang.

Resipi Cheesetart
Untuk kulit
250gm Butter suhu bilik * penting
100gm gula caster/halus
Tepung ikut lembut- lebih kurang 450gm
* aritu buat 1/2 adunan dapat 34 biji,

Cara-cara: kacau dengan butter dan gula dengan sudu jek.Kacau rata2.Masukkan tepung sikit2.Sampai tak melekat2 di bekas adunan.Dah siap menguli tu keluarkan krim keju yang nak digunakan.Biar suhu bilik.Penting jangan simpan krim keju dalam freezer letak je kat tempat chill.
Simpan doh dalam peti ais 1/2jam sebelum diterap.tutup gan plastik tau.
Bila dah cukup timing baru terap pada acuan dah tu simpan jap lam peti ais sambil panaskan oven.dalam 15minit gitu.
Setkan pada suhu 175^ bakar 15-20minit- api atas bawah
* bakar separuh masak jek, intai2 jangan hangit.
Untuk krim keju tu bila dah bakar kulit dalam oven baru la mula memukul bahan krim keju sehingga kembang.

Krim Keju
250gm krim keju
-guna Tatura jek
50gm butter
60gm gula halus
1 biji telur gred B
Pukul sehingga kembang

Setelah kulit siap dibakar biar sejuk jap,pastu baru la mula letak krim keju tu.Buh sikit krim keju letakla inti yang disukai,tutup gan krim keju sampai penuh.Bole la dicorakkan ikut suka.Caranya ambil sedikit krim keju campurkan warna yang dusukai.Lorekkan beberapa garisan diatas cheesetart tadi dengan hujung lidi satay bahagian yang tajam tau.Pastu tarik lorekan dari tengah2 hingga ke bawah.bakar semula untuk 5 minit.Siap, biar sejuk jap baru keluarkan dari acuannya dengan cara pegang terbalik dan ketuk2 pelan2 dgn belakang sudu.Insya Allah mudah jek keluarkn cheesetart ni.

Tuesday 18 September 2012

Bila Abang Izzul Berangan

Salam..hari ni Abang Izzul bawa buku baru balik.Pendidikan keselamatan di jalanraya, mungkin silibus yang baru ditambah.Teringat masa nak amik lesen L antara syarat nak ambil ujian memandu.Buku tu tunjukkan simbol-simbol yang ada sepanjang jalanraya serta makna simbol tu.Ada juga bahagian yang minta para pelajar berfikir secara logik.Salah satu pembelajaran para pelajar diminta melukis kenderaan kesekolah.Tapi disebabkan abang Izzul ni banyak tengok cerita karton,maka jawapan yang diberi amat mengejutkan.Ada ke patut abang Izzul lukis gambar kete lumba
Tepuk dahi ibu n babah dibuatnya.Bila ditanya kenapa lukis kereta lumba tak lukis gambar van sekolah.Izzul jawab "aritukan babah anta naik kereta,abg lukisla gambar kereta babah".alahai anak-anak sekarang kuat sungguh imiginasi mereka.

Wednesday 12 September 2012

Apam Polkadot

Salam,Rasa nyer dah lama tidak keudara.Sebenarnya banyak entry yang nak diselitkan diruangan ni,tapi sebabkan penyakit M menyerang jadi semua entry2 hanyut ke laut.Ambik gambar simpan penuhkan memori jek..Semalam ada buat apam dot dot tu yang merajinkan diri nak buh gak entry ni.Walaupun x berapa nak santek tapi anak2 ibu makan sampai kenyang.Syukur anak2 menghargai dan puji sedap.Itu sudah cukup buat ibu tersenyum.
Resipinyer biasala dari en.google.cuma edit tang gula jd 170gm.tepung gandum pun kurang 230gm sebab guna telur kecik.Lepas ni nak cuba lagi.

Thursday 19 July 2012

Menu Pantas:Pizza Roti

Hajat dihati nak uli wat pizza..bahan semua ada.Tapi bila tengok roti yang En.Abang beli tak diusik maka terus fikirkan sesuatu yang lain.Bukan pe tak nak membazir,kat rumah ni roti tak berapa nak laku.Harus diolah jadi sesuatu yang lain baru roti tu berjaya dihabiskan.Jadi hari ni disebabkan plan nak uli pizza x jadi.maka akak olah jek guna roti sebagai asas pizza tu..senang kan..hehehe..Topping atas tu guna je yang ada dalam peti ais :-D
Cepat..mudah janji sedap dan habis dimakan.

Roti Pizza @ Pizza Roti

Bahan-bahan
Beberapa keping roti
Sos spegetti secukupnya - sos cili@ tomata boleh gak
Mayonis secukupnya
Sausage,ayam,ikut citarasa nak buh ape..jikasuka rebus dulu dan hiris kecil.
Caranya:- sapu je sos atas roti..pastu taburlah bahan2 yang disukai...kalo ada cheese lagi best..xde buh jer mayonis,sedap gak,Pastu bakar dalam oven@microwave jangan rentung udah.

Tuesday 17 July 2012

Sup Bebola Ikan.

Tinggal beberapa hari jek kita umat Islam nak berpuasa.Semoga kita bersemangat menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan.Izzul pun dah sibuk tanya pasal puasa, cerita apa yang Ustaz cakap kat sekolah.Teruja sangat bila nampak Izzul dah mula memahami apa itu puasa.Harap- harap tahun ini Izzul dapat belajar untuk berpuasa.
Semalam memandang akak berpuasa, jadi akak masakkan sup bebola ikan ni untuk Aisyah dan Hakimi..Kat rumah ni esok bulan Ramadhan dapurku tetap berasap dan berbau masakan.Kita ada anak-anak kecil sian lak tengok depa kelaparan.Untuk stok karipap dah siap semalam,sambil tunggu waktu bebuka puasa akak pun godekla tepung.Hakimi suka karipap ialah mana ada orang jual karipap pagi-pagi buta.Bila dah buat sendiri dapat banyak,nak makan goreng je.
Terpanjangla cite ye,kata nak story pasal sup bebola tapi melalut sampai ke cite karipap lak..hahaha...Bebola ikan ni akak buat sendiri.

Bahan-bahannyer
1 keping ikan tenggiri
- dibasuh dan ditoskan
2 sudu teh tepung jagung
Garam secukup rasa
Kalo suka tambahlah lada sulah @ lada hitam@lobak@daun sup

Cara-cara
1.Ikan dibuang kulit dan tulang - isi ikan diblender atau ditumbuk (guna blender kering jek)
2. Masukkan isi ikan yang hancur ke dalam mangkuk,campur garam dan tambah tepung jagung
3. Bentukkan bulat bulat.

Bahan Sup
1.Tumis bawang putih dan halia
2.masukkan semangkuk air dan 1/4 kuib ikan bilis
3.biar didih ,masukkan sayuran jija suka..-lobak ,kentang,keledek potong dadu supaya cepat empuk
4.masukkan bebola tadi dan asam keping.
5.perasakan garam dan gula..siap

P/s :ummi farah bole cuba buat, bagi bby wafa makan..

Wednesday 11 July 2012

Puding Roti Mudah

Puding roti ini buat semalam memandangkan roti macam tidak laku jek..Lagipun nak test oven baru akak hahaha,tu yang lebih semangat sebenarnya.Resipi ini pun dapat dari cik google tapi biasala akak edit mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan
8-9 keping roti dipotong kecil
(en.abg yg tolong gunting)
1 tin susu cair
3 biji telur
3sd makan marjerin - cairkan
1 cwn gula

cara memasak
Pukul telur hingga berbuih-buih..campurkan gula.kacau sehingga gula larut
Masukkan susu cair,kacau sebati
Sapukan loyang dengan sedikit marjerin,susun separuh roti
Masukan sedikit marjerin cair,masukkan adunan susu
Susun lebihan roti,masukkan adunan susu berselang-seli marjerin cair
Tuang sehingga habis
Biar seketika..panaskan oven 5minit
Bakar pada suhu 160' degree utk 30minit...

Biarkan sejuk..lagi sedap kalo dimakan sejuk2.

Tuesday 10 July 2012

Giveaway For Myself

Salam,dah lama simpan hajat nak memilikinya.Dulu pernah beli jenama Pensonic,tapi bagi pada orang.Baik hati kan :p moga bisnis kuih akak terus maju.Kebetulan ada offer beli oven dapat hand mixer.hahaha pe lagi melabur la beli hadiah untuk diri sendiri.En.Abang pun bising2 gak beli ni,tapi xpe itu semua semangat tuk membaking..En.Abang bising bukan pe takut oven ni jadi perhiasan je :D
Insya Allah raya tahun ni akan terhasil la biskut raya sendiri...
Ok la setakat ni ada banyak keje nak settle down..sekian

Saturday 7 July 2012

Pakej Bersalin @KPJ

Kebetulan dah berkampung kat KPJ ni.Akak pun ambil kesempatan survey pakej bersalin kat sini.Bukan sebab akak ni tengah mengandung atau merancang nak menambah tapi saja nak tahu kos bersalin.Ialah lain hospital lain harganya.
Harga pakej ini tertakluk pada pindaan pihak hospital,mana tau minggu depan,bulan depan,tahun depan dah harga lain.Setakat hari ini pakej yang ditawarkan untuk adalah seperti dibawah,

2 hari 1 malam :-
> single bed : RM2299
> double bed : RM1799
> four bed. : RM1399

@KPJ pun ada tawarkan Home Service selepas keluar hospital bagi ibu-ibu yang bersalin di KPJ

1hari :RM60
3hari :RM170
7hari :RM400

Ini semua terpulang pada setiap individu nak pilih pakej yang mana dan nak bersalin dimana.Harap info ini dapat membantu kepada bakal ibu-ibu diluar sana.

Masih @Kpj

Salam.Pagi ni seperti biasa la masih berkampung di KPJ Selangor.Semalam doktor kata kalo tidak ada apa petang dah bole balik.Lega rasa,Kimi pun dah sabar nak balik.Malam semalam En.Abang datang bawa abg dan kakak Aisya datang seronok bukan main Kimi bermain.Dalam main-main tetiba Kimi dah mula bersin2 risau lak takut dia demam balik.Terus bagi Mealshakes campur rebena.Risau gak ,ti dah bole keluar kena stay lagi lak.Syukur pagi ini nurse datang mik suhu badan 36' je.Pagi semalam pun akak dah bagi campuran Mealshakes ni terus Kimi berselera makan.Akak pun mik 1sd mskan campur gan susu dan mik Ostematrik.Kalo tidak mau akak pun dah terbaring atas katil.Syukurla Allah beri kekuatan tuk terus sihat untuk menjaga Kimi disini.
Ini berita yang baru diterima..Doktor dah bagi pelepasan kami keluar hospital.Syukur sekali lagi,esok sekolah abang akan diadakan hari sukan.Tidaklah En.Abang berkejar sana sini.Bukan ape sian juga En.Abang,esok ibu dah ada dirumah.Segalanya akan kembali macam biasa.

Amalan Yang Baik

Friday 6 July 2012

wowww 1001 giveaway...mereka dah join... 

Salam..tetiba rasa teringin nak join.Walaupun diri ini rasa terlalu kerdil.Tidak salahkan mencuba nasib tuah badan mana tahu kan.Selama ni memang suka baca entry2 Kkida dari blog 1001 resipi.Jadi kalo nak tau lebih lanjut pasal wowww 1001 giveaway... Klik disini yer.tidak kena bayar pun.

Hari Ketiga Berkampung

Gambar-gambar ini akak ambil semalam.Inilah aktiviti sepanjang hari di hospital.

Thursday 5 July 2012

Hari Kedua Berkampung @KPJ Selangor

8:50 pagi- Kimi tido lagi.Akak tiada nak buat dah mandi sambil tunggu breakfast sampai, akak pun turn on WiFi kata free.Bole lah mengisi masa yang terluang blogwalking blog2 favorite akak.Membaca coretan blogger2 tu dapatla kongsi pengalaman ,resipi, dan juga sedikit ilmu yang mungkin kita tidak tahu.Tujuan sebenar nak update cite Kimi berkampung @KPJ Selangor,tapi enta la dalam kepala idea datang mencurah2..alahai
4 Julai kira hari kedua lah kami berkampung kat sini,semalam tu kira setengah hari malam pertama.Hari ini kakak aisya tidak mahu pergi day care kat tadika.Kebetulan akak dah pindah bilik single babah pun anta la Kakak aisya kat hospital,tolong ibu jaga Kimi.Babah ada urgent matter tu yang terpaksa pergi.Memang minggu ni kami keluarga kami jadi keluarga 69,sian tengok En.abang mana nak handle anak2,calling yang tidak berhenti,sms yang tidak putus,email yang berterus mana nak berulang ke hospital lagi.Sementara Kimi duduk hospital ni,kitaorang buat keputusan hantar Izzul n Aisya tumpang daycare tadika Aisya.Malas nak susahkan ahli keluarga yang lain,akak faham masing bekerja ada tanggungjawab masing-masing.Bagi akak selagi bole cuba selesaikan dulu sendiri masalah keluarga kami,akak percaya Allah akan bantu kita permudahkan segala urusan kita.Kimi pun sejak masuk hospital petang semalam nampak la semakin baik dah tidak muntah2.Sampaikan Dr.Dato' Zulkifli tegur masa sessi lawatan pesakit Kimi nampak dah ok, katanya baru drip water tidak masuk ubat lagi pun ni.Tapi kata dah warded kena la ikut procedure hahaha mik darah segala,minta sample urine dan poo poo, mik suhu badan setiap setengah jam..follow je lah.Tapi malam pertama tu suhu Kimi tinggi ~38.7 dia pun nampak pucat,tenaga dah tak de segala yang masuk semua keluar lebih kurang macam operasi first in first out la.
Lepas mahgrib tu semua ahli keluarga datang atuk,nenek,cu la,keluarga pak long,keluarga cu mat,dan sesahir pun ada.meriahla bilik 411 time tu,kebetulan patient katil sebelah dah keluar petang tu.
Kimi pun nampak begitu ceria melayan tetamu sampai semua pelik dan kata dah sembuh sok bole balik.Bukan ape Kimi syok sangat bila dapat hadiah dari Faris set golf mainan tu yang teruja sangat lupa jap sakit.Kimi memang kuat, masa doktor nak pasang jarum drip water tu dan mik darah sekejap jer dia menangis yela sakit tu.Yang kelakarnye rupanye Kimi genggam duit 50sen patut la doktor kata genggaman tangan Kimi kuat,doktor pun senang je buat keje.Doktor cakap lepas ni nak try pada patient lain sebab proses tu memang susah kalo children tidak bagi kerjasama.Melibatkan salur darah tu cuba kita yang dah tua bangka ni tercucuk jarum tak ke melompat.Sebenarnya panjang la tulis tapi Kimi dah bangun akak nak layan dia dulu

Wednesday 4 July 2012

Hari Lahir Dan Bermalam @KPJ Selangor

2 Julai 2012 genap umur Kimi 3 tahun.Babah beli sebiji kek, kami meraikan Kimi dan Aisya sekali kebetulan 30 Julai hari lahir Kakak Aisya.Tapi bila tiba lahir Aisya sok beli kek lagi potong kek lagi.Anak-anak ni seronok masa nak tiup lilin dan potong kek je, pastu makan sepotong lari pergi bermain.Tapi siapa tahu apa yang telah direncanakan oleh Allah swt, kita sebagai hambanyer perlu redha menerima segala ketentuanNya.Petang 3 Julai Kimi demam panas suhu 38.9 sampaikan dia mengadu sakit kepala.Sebelum tu kalo minum mesti keluar balik makan jangan cakap la memang tak masuk.Sebenarnya petang 2 Julai tu Kimi memang dah demam cikit lepas bagi makan ubat dia aktif balik, tidak sangka jam 4 pagi dia bangun tidak bole tidur.Ibu dan babah bergilir gilir jaga,sedangkan babah pun baru bangun dari demam hari Isnin.Tq n love u babah.Babah balik dari mesyuarat pukul 1 terus bawa pergi klinik dekat rumah doktor cadangkan bawa pergi hospital.Balik kemas barang nak bawa pukul 3 bawa pergi KPJ Selangor ..uruskan segala hal pukul 5 baru naik wad.Nanti bila berkesempatan akak sambung lagi.Doakan Kimi ye.

Thursday 24 May 2012

Kek Coklat Kukus Super Duper Moist

Kek ni dah lama buat...tapi malang nyer gambar yang kek dah dipotong elok telah terdelete oleh Kimi dari I-phone.Maka akak pun upload je gambar yang sebelum dipotong, yang suku tu pun Kimi dah makan dulu sebab tak sabar nak rasa.Kek ni memang mudah saja penyediaannya..akak dapat pun resipi dari blog dayangjack..tapi resipi tu akak dah edit mengikut kesesuaian akak.Resipi asal kek ni perlu dibakar tapi memandangkan oven tiada lagi akak pun pandai-pandai jek kukus..nasib jadi kek.Resipi ni pun menjadi pilihan hati sebabnya tidak menggunakan telur.Jom layan resipi nyer pulak ..

Kek Coklat kukus super duper moist

Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
1 /2 sudu soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/4 suku air sejuk - ambil dari air yang disimpan dr peti sejuk *penting
secubit garam
1/2 cawan minyak masak/jagung
1 sudu kecil cuka masak / jus lemon
*optional 1 sudu kecil nescafe

cara-cara
..ni penting
* panaskan periuk kukus sebelum proses menyukat dan mengayak ye
*sukat dengan cawan penyukat ada dijual di pasaraya ni lebih mudah nak sukat tang suku-suku  tu..

1. ayak tepung gandum, baking powder , soda bikarbonat,serbuk koko ke dalam mangkuk besar
2. masukkan susu , secubit garam je tau, serta gula ke campuran tepung. kacau sebati
3. masukkan air sejuk sedikit sedikit kacau sebati
4. masukkan minyak masak, esen vanilla, nescafe jika guna,kacau sebati hingga licin tidak berketul
5. akhir sekali masukkan cuka boleh ganti dengan jus lemon..
6. masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris dgn minyak/mentega...
7. tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 1 jam 15 minit api sederhana.

Topping nyer  ;
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1 cawan susu pekat 
 masukkan semua bahan dalam periuk masak sampai likat ..

pastikan kek benar-benar sejuk baru buh topping ..hias ikut citarasa..akak selalu x sempat bab topping ni ...anak-anak dah x sabar.










Monday 14 May 2012

Rendang Palembang Dayang Balkis

Rendang ni akak buat minggu lepas..kebetulan En.Abang yang request.Sebab aritu En.Abang ada beli daging, sebab selalunya En.Abang yang pergi pasar.kebetulan minggu tu En.Abang gi outstation 2hari dah anak-anak memang tak suka makan daging jadi bila En.Abang balik baru lah daging tu akak masak.Pagi2 dah minta rendang, kebetulan En.Abang ada beli ketupat pulut sebagai buah tangan tuk akak dan anak2.Babah kata kalo makan ketupat ni dengan rendang lagi sedap..maka hari tu terus keluarkan daging dan terhasil la rendang palembang Dayang Balkis..

Sebenarnya rendang dari blog dari sepupu akak klik sini...sebab tu akak letak nama resipi ni special sikit...
Sebagai rujukan, akak minta izin tulis resipi  kat sini ye Cik Dayang tapi ni versi yang akak dah edit ...yang asal bole tengok pada link diatas

bahan-bahan
  • Sekilo daging batang pinang
  • 2 ulas bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Cili kisar - ikut tahap kepedasan masing-masing, akak letak dalam 1/4 cawan
  • 3 batang serai
  • Seinci lengkuas 
  • Daun kari
  • Cili padi
  • 3 ulas kecil buah keras (mak cik ani  kata tambah buah keras dalam masakan melayu supaya lemak..x perlu banyak santan.)
  • Kerisik 
  • 1 kotak kecil santan kelapa/susu cair
  • Kicap manis
  • gula nisang / gula melaka secukupnya
  • Garam dan  gula secukup rasa
Cara cara ;

1.Kisar halus bawang besar dan bawang putih,ketepikan
2.rebus daging dengan sedikit air dan sebatang serai yang dititik serta kicap manis
3.tumis bahan kisar bersama cili kisar, 2 batang serai, lengkuas sehingga pecah minyak ..
4.masukkan daging dan air rebusan ke dalam bahan yang telah di tumis
5.biar mendidih ..kacau
6.masukan santan berserta buah keras yang telah ditumbuk halus , kerisik, gula nisang dan  bahan perasa.
7.akhir sekali masukkan cili padi ikut citarasa dan daun kari....
8.kacau sebati dan renehkan sehingga kuah agak pekat.

Rendang ni sedap dimakan dengan nasi , ketupat atau pulut...rasanye kalo ikut sebiji resipi Dbalkis mungkin rasanya mirip2 rendang tok sebab ada segala jintan2 tu.Nanti lain kali akak cuba sebiji resipi asal..versi ni sedap juga, x berapa pedas dan manis-manis lemak dari kicap tu.Anak anak pun makan laju jer sebab x rasa pedas.


Tuesday 8 May 2012

Seketika cuma


1 Mei 2012 yang lalu genap umur abang Izzul tujuh tahun ...congak2 rasa macam baru je lahirkan abang.Kesakitan nye masih aku terasa.Moga Allah panjangkan umur ku dan beri kekuatan , kesabaran yang tinggi dalam membesarkan ketiga-tiga permata hatiku...Izzul, Aisya , dan Kimi.
Sebenarnya terlalu banyak nak akak kongsikan diruang ini tapi disebabkan terlalu banyak perkara yang berlaku maka semua cerita-cerita tu terkubur di telan masa.Tapi hari ni,enta dari mana kekuatan tu datang maka terhasilla enrty yang agak merapu...sekadar melepaskan tekanan yang menjadi bebanan jiwa.
Usahkan diikutkan kata hati kerana ia terlalu menyakitkan...Hanya padamu Ya Allah tempat ku mengadu..hanya pada mu Ya Allah tempat ku mohon pertolangan...

Wednesday 28 March 2012

Hasil kerja ibu..karipap sejukbeku.

Syukur jadi juga karipap..selalu wat mcm x jd.Tapi kali ni jadi,en.suami kata ok!.Citarasa orang kita xleh nak agak.Setiap orang berbeza-beza.Abang Izzul bawa ke sekolah 4biji pun licin.Dah la Abg ni cerewet sangat pasal makan.

Monday 19 March 2012

Biar betul..

Cuti sekolah dah pun berakhir, hari ini rutin akak pun bermula.Cuti sekolah kali ini kami sekeluarga ke Johor Baharu sepupu kawin.Seronok dapat jupe sanak saudara yang dah lama x jupe.Kecoh masing2 bercerita walaupun jupe masa yang singkat..Kali ni sempat gak belajar wat kuih "telinga keling" bahasa akak la tu,belajar gan kak leha sepupu.Terima kasih Kak Leha, nasib pertama kali wat jadi.Suka sangat bila tengok semua keluarga makan cuma En.Suami x sempat merasa.Insya Allah ibu wat lagi..Akak letak resipi kat sini supaya x lupa.bahannya mudah je 500gm tepung beras kira sebungkus.500gm gula merah dimasak dengan 1 1/4 cawan air.Caranyer tuang air gula panas ( tapis ye dulu)ke dalam tepung beras, kacau sebati biar semalaman.Esoknyer bole la dibentukkan dan digoreng dalam minyak panas.

Monday 13 February 2012

Pankek & Aiskrim Jagung

Tetiba hari ni nak buat pankek selalu pakai tepung kek.Kebetulan tepung kek tiada stok..tanya Cik Google jupe le resipi pankek yang mudah guna tepung gandum campur soda bikarbonat.Disebabkan Izzul tak nak makan nasi maka eksperimen pun dijalankan.Sukatan main agak2 je,nasib menjadi.Akak catat kat cni untuk rujukan akan datang..1cwn ikea penuh tau..tepung gandum.1 sudu kfc soda bikarbonat,1 biji telur dipukul,1sdk esen vanilla,1/2 cwn gula,susu segar 1 cwn atau ikut kecairan kacau semua sampai licin.akhir sekali minyak masai 2-3 sd makan.kacau sebati.Kalo ikut Cik Google guna butter yang dicairkn pasti lebih berkhasiat.Untuk babah hari ni menu lemak pucuk paku dan sambal telur,untuk aisya tambah ayam goreng dalam sambal telur tadi.Oleh kerana dah lama x makan lauk ni 3 kali tambah akak hari ni..petang makan lak pankek gan sos strawberi...guna jem je cairkn dengan air panas.

Friday 3 February 2012

Roti Jala

Setelah sekian lama tidak berblog,tiba-tiba terasa nk update blog hari ni.Kebetulan semalam buat roti jala sebab konon2 malas nak makan nasi...ialah penimbang berat Cu La tu bagi berat badan akak 48kg risau gak lagi 4 bulan mau naik 58kg..Bukan pe sebelum ni berat 40-42kg je kira orang kata macam papan lapis.Tapi sekarang kalo corak makan x jaga mau satu almari baju kena tukar..Tapi kena banyak bersyukur dari banyak merungut.okla harap tahun 2012 banyak beri kebaikan kepada kami sekeluarga ,amin..