Friday 4 November 2011

Tahniah Izzul n Aisya

Bulan lepas tadika Izzul adakan pertandingan mewarna anjuran Luna color yang popular tu.Tidak disangka Izzul menang tempat pertama..pagi tu sebelum pergi akak pesan kat "nanti color macam Eistain ~ pelukis dalam rancangan "cow n crayon".Rancangan tu bagus dia tunjuk skill melukis n mewarna secara spontan.Pelukis tu kadang2 cuma buat beberapa garisan... tup tup jadi sebuah lukisan yang cantik.Aisya masa hari konsert n konvo aritu dapat hadiah "Best Coloring" bagi kategori Junior Kindergarden..Izzul lak menang persembahan terbaik berkumpul.

Wednesday 2 November 2011

Concert n Graduation Day

30-10-2011 hari Ahad aritu Izzul n Aisya de buat persembahan sempena hari "Graduation" diaorang.Akak x mik gambar banyak pun sebab sibuk dengan Kimi yang asyik dengan aktivitinya.Gambar ni pun insan dari Facebook Krista PUSJ, tq pd yg telah susah payah upload gambar ~ nurfatin nabila.Akak copy nak buh kat sini.

Friday 28 October 2011

Sekian Lama..

Lama dah tak update blog..sibuk sangat ke?enta mood je xde,padahal banyak sebenarnye cite2 yang nak di"upload" .Lagipun akak hanya menggunakan teknologi yang kecil ni ;). Tu yang maleh nak menaip maklum je nk kena gunakn aplikasi "touch screen" tuler sebab nyer semua entry karangan pendek :)

Tuesday 4 October 2011

Izzul - Krista Idol 2011

Sabtu 1 October 2011 Izzul dan rakan2 wakil sekolah masuk Krista Idol..Acara tu berlangsung di Plaza Damas Sri Hartamas Mall.Jenuh gak la Atuk berpusing cari lokasi.Sedih Babah x dapat join tengok Izzul perform,Babah outstation ke Terengganu.Izzul n the gang menari ala ala High School musical.Terkejut akak tengok Izzul begitu berani beraksi di atas pentas.Girls yang pakai baju kuning hitam pun dari wakil dari sekolah Izzul gak depa menari tarian bollywood.Aisya n Kimi enjoy gak la hari tu dapat banyak belon dan buat persembahan aksi bebas diaorang.Tq cu la temankan kitaorang n jadi cameraman.Akak x dapat nak mik gambar sangat sibuk gan Kimi yang sibuk nak buat persembahan.Ok la best2 juga persembahan dari peserta2 lain, kecil2 seumur 5 Dan 6 tahun begitu berani beraksi depan orang ramai.

Wednesday 28 September 2011

Piah Dah 30 Hari

Dapat gak Mak Long mik gambar bayi ni buka mata.Bayi memang bulan pertama dan kedua asyik tido je..Hari ni genap 30 hari dah,moga sentiasa sihat sejahtera dan jadi anak yang solehah.

Tuesday 13 September 2011

Resipi Kuih Lopes

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Sumber dari myresipi.com sumbangan tulip77.



Sunday 11 September 2011

Kuih Lopes

Buat minggu lepas teringin nak makan wat buka puasa.Dulu kalo bulan Ramadhan pegi bazar ramadhan macam macam makanan ada dijual.Itulah kelebihan bulan yang mulia selain beribadat dapat juga merasa makanan sedap2.Kalo hari biasa kadang2 tu sampai tidak termakan.Lain sikit di bulan Ramadhan nikmat makan berbeza.

Thursday 8 September 2011

Sofia Almadina

Ahli baru keluaarga Hj Yusoff dan Hajah Fatimah..baby sofia anak kedua kepada pasangan norazila dan mohd khairi.Dilahirkan pada 1 syawal yang lepas.Sian korangkan merasa beraya di hospital :)

Friday 2 September 2011

Cuti Raya

Tahun ni kami sekeluarga pulang beraya di Dungun Terengganu..Cuaca agak panas maka Aisya dan Hakimi demam.Tidak berjalan sangat la kami banyak dok di rumah.Ialah anak2 dah demam sian lak nak bawa beraya sakan..Kalo dah melarat sangat akak gak yang susah.Hari ni kami dah bertolak balik ke Subang Jaya ..waktu ni Babah berhenti beli kepok lekor n satar.akak pun mik kesempatan update blog yang lama doh tingga.

Thursday 18 August 2011

Kad Hari Raya Buatan Izzul

Hari ni sekolah Izzul buat sekeping kad raya.Kad tu dibuat khas untuk bang Izat anak Pok Yah n Cik De.Walaupun jarang jupe tapi Izzul tetap ingat Abang Izat dan sorang lagi Abang Yo.Kalo ikutkan abang Izat tu pangkat pak cik,tapi masih muda panggil je abang.Izzul cakap nak bagi abang Izat,hari2 tanya bila kita nak balik kampung rumah abang Izat.

Wednesday 17 August 2011

Berbuka Dengan Mak Dan Abah

Petang semalam Mak dan Abah singgah berbuka di rumah kami.Mereka dari kampung Sungai Besar Selangor, balik sana tengok rumah.Mak cakap jalan sesak,Mak sampai pun dah dekat pukul 7 malam.Maka akak pun bersilat dengan Hakimi buat kuih lapis ni, Mak minta wat color coklat dan putih sebab Abah memang suka makan kuih yang ada unsur coklat.Biasala buat kuih ni amik masa sikit ialah nak kukus setiap lapis,siap pakai timer yang ade kat handphone.Bila timing dah cukup Hakimi akan jerit " ibu, tipon" ti dia siap tlg angkat lagi handphone.

Sunday 14 August 2011

Tempah Lagi Kek

Kek Princess Snowhite untuk Nurin.Semalam berbuka puasa di rumah Abah kat Pantai Dalam.Cu la nak makan nasi tomato ,semalam puas dapat makan banyak.Untuk kanak2 rebina Ateh order pizza, abang,Nurin & Aisya selera betul makan.Hari ni plan nak berbuka puasa kat Kg.Sungai Ramal Kajang.

Thursday 11 August 2011

Sesekali Tukar Selera

Hari ni buka puasa seorang je..Babah ada majlis berbuka puasa di pejabat.Maka hari ni akak masak menu yang mudah iaitu ikan tumis asam.Kadang2 lauk macam ni lagi menyelerakan..tadi pun makan dua pinggan.Selain tu panaskan martabak Cik De dan goreng kuih keria,syukurla tak membazir.

Tuesday 9 August 2011

Puding Koktail

Menu berbuka semalam,dah lama teringin nak buat puding ni.Kebetulan bahan dah ada maka jadila puding kegemaran akak...semalam berbuka kat rumah Mak adik2 semua balik kecuali Cu la je yang xda.Meriah la berbuka semalam macam2 menu ada.Nasi lemak,ayam golek,bubur lambuk,roti John,lempeng pisang,popia banyaknyer Hakimi kata...8/8 Besday Nurin jadi kami sambut secara kecil kecilan je..seronok la Nurin dapat satu basikal hadiah dari Umi dan Ayah.Okla balik ke puding koktail ni nak tulis cikit nota kaki..bhn2 guna agar2,Air + susu cair ikut sukatan kat plastik agar2,gula 3/4 cwn ikea,1ketul kecil gula batu,2sdb tepung kastad bancuh dengan telur sebiji yang dipukul.Lain kali nak buat ingat.Satu lagi akak buat x guna sirap koktail akak asingkan guna buah2 nyer je.

Friday 5 August 2011

Misi Pertama:Martabak Mini

Percubaan pertama kali buat kulit martabak..nasib eksperimen menjadi he..he.Mula cuak gak x jd.tapi belasah je bg Izzul test rasa.habis 2 keping dia makan kira lulus la tu..Tapi perlu banyak belajar lg.Takpa usaha Martabak inti pisang ni dulu Mak selalu buat tu yang teringin nk buat sendiri semalam.Hari ni goreng lagi sebab de tinggal sikit cuba wat frozen.

Thursday 4 August 2011

Buku Masakan

Hari pertama puasa Babah bawa balik buku2 ni.Kata Babah bole la tengok resipi2 ni Kalo ader yang menarik bole la cuba masak...Dalam buku Rendang tu, macam2 jenis resipi rendang ada ayam,daging,kerang macam2 lg yang sama bahan asas.Entahla tengok semua menarik resipi2 dalam buku ni.Harga pun berpatutan cuma RM 9.90 senaskah.

Wednesday 3 August 2011

Kuih Cara Manis ....

Buat juadah berbuka semalam,anak2 suka,Izzul cakap bila makan nanti keluar air.Bila dapat yang kurang gula intinya Izzul tanya napa xda air.Yang ni dok tengah masak atas dapur.Suka buat kuih cara ni sebab cepat je masak.Acuan ni Abah yang belikan dah lama terperuk dalam lemari.Baru sekarang acuan ni berjasa he..he

Monday 1 August 2011

Abang Suap Kimi

Bila nak puasa ni kena la beli stok makanan anak2,akak tetap masak cam biasa ialah anak2 nak makan.Tadi goreng mee menu kesukaan anak2,tengok2 abang dah suapkan Hakimi.Terkial2 abang suap Hakimi :D

Saturday 30 July 2011

Selamat Berpuasa

Lagi dua hari kita mula berpuasa,harap tahun ini amalan kita akan lebih baik.Hari ini pun genap unur Aisyah 4 tahun...Ibu doakan Aisya sentiasa dilimpahi rahmat dan menjadi muslimah yang beriman serta solehah.Kek ini Isnin lepas Aisyah bawa pergi sekolah sempena majlis hari lahir bulanan.Setiap bulan sekolah anak2 akan adakan sambutan hari lahir.Kebiasan minggu akhir setiap bulan semua murid2 diminta bawa makanan untuk parti hari lahir.Sempena dah nak masuk bulan Ramadhan ni ..akak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua semoga amalan kita diredhaiNya..Amin

Tuesday 26 July 2011

Musim Buah

Petang semalam jiran sebelah bagi durian dan rambutan katanya dari kebun neneknya.Itulah rupa sizzling mee yang buat pagi semalam tapi kuahnya nyer dah serap dalam mee tu.Tapi habis gak Hakimi makan walaupun pedas2 lada hitam.

Sizziling Mee




Sarapan pagi ni,dah lama teringin makan sizziling mee.Dulu masa belajar kalo gi Seremban Parade misti makan menu ni kat food court..kalo x silap satu hot plate RM4.** kalo x salah sekarang tau la.Tapi kalo makan yang kat kedai tu mee je yang habis cendawan misti tinggal.Hari ni cuba buat sebab jumpa resipi kat myresipi.com la apa lagi.Tapi banyak edit dari resipi asal..yang penting anak2 pun suka.                                                                                                  

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )                sumbangan Lilydvalley

  • 2-3 sanggul (gulung) guna mee kuning
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 * x letak pun 
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2 * ganti 1sd cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair * x letak takde stok
  • 1 sudu besar kicap pekat * x letak ganti kicap manis
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan * x letak
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Saturday 23 July 2011

Pic:Puding Roti Kremer

Puding Roti Kremer



Nak habiskan roti maka terhasillah puding ni.Rasanya lebih kurang macam puding karamel cuma yang ni ada rasa roti.Sumber resipi dah tentu myresipi.com kat situ banyak resipi pilih je mana suka.Cuma rajin dengan malas je nak cuba, Akak ni pun bukannyer rajin sangat pun tapi kalo bahan ada dan cukup tu tetiba je jadi.         

Bahan-bahan ( 1 loyang ) sumbangan Rosaliza

  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • sedikit esen vanilla.  

    Cara-cara

    1. Dengan menggunakan loyang,sedikan gula hangus,kemudian ketepikan
    2. Panaskan pengukus, sambil tu carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam dan susu
    3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla
    4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang 30 - 40  minit.  




Thursday 21 July 2011

Minuman Sejuk

Sekarang ni cuaca panas betul, tapi kadang2 hujan sekejap pastu panas balik.Cuaca tak menentu jap panas jap hujan anak2 pun batuk2 sikit.Sekala sekali minum ais hilang dahaga...

Wednesday 20 July 2011

Spagetti Sos Putih

Hari ni menu barat tapi akak sorang je yang makan.Babah dan anak2 x layan menu macam ni.Buat pun sikit guna bahan yang ade dlm esbok malas nak beli sos pegro tu, tumis bwg besar gan 1/2 sd makan butter,masuk susu segar 1/2 cawan boh lada hitam n garam, last masukkn cheese...tp tercair cikit lain kali buh tepung jagung sikit.Akak makan buh daun sup n bawang goreng Melayu la pulak :) menu simple tuk sorang makan.

Sunday 17 July 2011

Sambutan Hari Lahir 3 Beradik

Buat majlis kecil je jemputan saudara terdekat dan jiran sebelah n depan rumah.Menu pun simple je bihun sup Cik De,karipap,pulut kuning rendang ayam.Yang akak buat puding marble.Syukur semua habis x de lah membazirkan.Sedap bihun sup Cik de akak makan rasanya lebih 5 mangkuk ulang2 la bukan sekaligus :p...Kek tema kartun boboi boy ni tempah khas dari feinazcakes.blogspot.com tq Pn.Azlina sebab sudi terima tempahan walaupun last minit n ada agenda lain hari sabtu..Apa2 pun majlis tetap meriah.

Wednesday 13 July 2011

Blended Orange Cake

Dah lama nak buat kek ni akhirnya berjaya juga melakukan eksperimen ni.Resipi nyer biasala dari myresipi.com sumbangan Kak Fida.Resipi ni memang popular di blog2 masakan..semua yang mencuba menjadi.Ikut resipi asal dibakar tapi biasala akak kukus je.Kali ni wat kecik2 senang nak ngap.

Tuesday 12 July 2011

Kuih Cara Inti Serikaya

Percubaan kedua akak asalnya nak wat kuih cara manis tp memandangkan anak2 suka makan serikaya makan terhasilla kuih ni.Dulu wat x jadi tapi kali ni berjaya walaupun x secantik di kedai.Usaha lagi sampai jadi ye...

Hari Sukan

10/7/2011 hari sukan dan keluarga bagi sekolah tadika anak2..seronokla anak2 sebab diadakan di Desa Waterpark KL.Selepas bersukan semua pakat terjun kolam.Tapi hari ahad tu tengah syok anak2 berendam tiba2 hujan lebat.Jam 2ptg kitaorang balik dah hujan nak buat pe lagi.Anak2 memang protes la sebab tak puas mandi..takpa ti Cu la bawa gi mandi lagi ok!

Wednesday 6 July 2011

Sedapnyer Kek ni..

Hari ni besday Azim anak jiran depan umah.Kimi memang suka makan kek..maka memang sepotong kek dia bedal sorang..X mau kongsi dengan orang lain dah.Ni la cara kimi yang suka makan yang manis.Kadang tu akak cuba sorok la kalo dia makan banyak, tp mesti dia akan minta Dan terus minta.Memang x leh wat pe dah kalo dia tau makanan yang dia suka ade...

Tuesday 5 July 2011

Apam Pisang Lagi

Sila abaikan gambar kotak merah tu ye..Hari ni buat lagi apam pisang nak berabis pisang.Hari tu Babah gi kedai nak beli sesisir je tapi tauke kedai tu suh borong semua pisang2 dia.Pening gak akak nak fikir macamner nak perabiskan stok pisang2 tu.Anak2 memang suka makan kalo wat cekodok pisang..tp x lalu lak hari2 cekodok pisang...Selalu kalo goreng banyak, suh Izzul bawa gi sekolah jamu kawan2 dia makan...Hari ni wat apam pisang bagi jiran2 kalo tak jenuh gak nak perabiskan. ;D

Monday 4 July 2011

Tahniah..

Inilah keputusan anak2 bg Ujian Pencapaian Krista.Abg dapat nombor 4 n aisya no 3.okla tu..atleast kertas ujian semua atas 80%.bangga la juga anak2 tunjukkan prestasi yang memuaskan...

Sunday 3 July 2011

Kek Batik Ceria

Hari ini genaplah umur Hakimi dua tahun.Semoga Hakimi membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh serta berjaya dalam hidup.Amin....Kek batik ni resipi asal dari jintanmanis.com terima kasih Kak Ros.Tp akak wat hari ni,ikut sukatan sendiri,Milo 1cwn ikea tambah gan dua sudu makan serbuk koko..x guna butter guna creamy marjerin cap tesco dalam 3 sudu besar...cairkan marjerin dan masukkan bahan lain.Dalam resipi asal letak coklat masakan akak x letak pun.ni resipi ikut kepala sendiri yang penting anak2 suka..Hiasan dengan gula urai warna-warni saja wat tarikan untuk anak2..Akak punya part tambah sikit kacang tanah tumbuk sebagai topping nyer.

Saturday 2 July 2011

Tawaran Kemasukan SRAI

Semalam surat tawaran ni sampai, kena bagi jawapan samada terima atau tidak sebelum 15 Julai 2011.Kira wajib buat pendaftaran bagi sesesi persekolahan tahun 2012.Dapat berita gembira minggu ni tapi akak sekeluarga diberi ujian juga bila Izzul kena "chiken pop"..inilah ketentuan Allah.Kita kena berusaha dan tawakal dalam menjalani hidup ni.

Wednesday 29 June 2011

Syukur..

Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah, tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik. Ni sebahagian lirik lagu tema cerita 'Amanah dalam cinta' Kat tv3 kul 2ptg.Akak x ikut sgt cite ni tp suka dengar lagu tema tu...lagu ada unsur nasihat yang boleh kita jadikan motavasi diri.Sebenarnya bercerita pasal syukur ni ada satu perkara yang buat akak gembira hati berbunga2..:) Izzul dah lulus ujian kelayakan srai maka tahun depan bermula episod bersekolah di Sek Ren Agama Integrasi sek 19 Shah Alam.Inilah antara cita2 akak nak hantar anak2 belajar di sekolah integrasi.Kenapa pilih sekolah integrasi? Alasan yang kukuh ialah sekolah ni menggabungkan sekali aliran biasa n agama..Akak akan terus berdoa agar semua anak2 berjaya.

Tuesday 28 June 2011

Adab Hidup Berjiran

Muffin coklat ni jiran depan umah yg bagi.Sedap muffin nyer terasa coklatnyer.Tu yang dapat snap seketul je yg lain habis dimakan anak2..Semoga dimurahkn rezeki yer Kak Yati..Kat bandar zaman sekarang ni mmg payahla nak tgk amalan hantar menghantar makanan ke umah jiran akak kira bernasib baik dpt jiran yg baik2..ingat dulu masa kecik2 di bulan posa,ada je juadah dari jiran kami.

Sunday 26 June 2011

Pandu Uji Grand Starex Royale

Petang td akak n keluarga pandu uji mpv Grand Starex.Sebenarnya kami sedang mencari2 mpv yg sesuai untuk kami sekeluarga..Td mulanyer nak pandu uji Grandis Mitsubishi tp orang yg incharge xde.jd kami g showroom Hyundai tu yg pandu uji Starex.Mpv ni ada 11 tempat duduk kira kalo bawa keluarga besau mmg sesuai la..

Thursday 23 June 2011

Rajin yer Aisya

Dah dua hari x g sekolah sbb demam. Tp rajin gak wat latihan di buku yg Babah belikan.

Tuesday 21 June 2011

Kek Pisang

Yummy yummy sedap kek pisang ni resipi ni amik dari myresipi.com..sumbangan HaSue nama resipi nyer Apam/kek pisang 2 in 1..akak wat kaedah kukus..kek ni bole juga dibakar..Akak terajin wat kek ni sebenarnya disebabkn de pisang yg atuk bg aritu dh masak sgt...n sempena sambutan hari bapa.maka terhasil la kek pisang ni.;p akak ucapkn selamat hari bapa wat atuk n babah.terima kasih byk atas semua kebaikan kalian.

Monday 20 June 2011

Kelab Golf Bukit Jalil

Petang td akak join pertandingan bowling ajuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK),program ni kelolaan Mawadah.Pertandingan ni diadakan di Kelab Golf Bukit Jalil.Tempat ni mmg menarik untuk keluarga beraktiviti,kat sini ada pusat bowling,kolam renang,gymnasium,bilik bacaan,pusat refsology dan paling utama mestila lapangan golf.jd kalo hari cuti tempat ni mmg sesuai bg keluarga luangkan masa.Akak ni wakil AADK-Mawadah Kawasan Brickfield.Team akak terdiri dari Kak Ainul,Kak Nadiah,Cu la,En.Dafi..simpanan atuk@en.yusof gantikan bila akak layan anak2 ;p..walaupun masing2 jarang sekali pegang bola bowling tu tp semangat tu yg penting..kami belasah je habiskan 4 game..tp akak x tunggu sampai habis la balik cepat sbb ank2 dh penat..nasib de pemain simpanan :) n nenek sebagai ketua sorak.

Sunday 19 June 2011

Kuih Lapis n Seri Kaya Goreng

Menu sarapan pagi td...Kuih lapis ni resipi akak mik dari jintanmanis.com kalo x silap.tq pd tuan tanah...Seri Kaya goreng tu pakai roti je..buh seri kaya celup tepung mcm nk goreng pisang.Sedap mkn panas-panas.time kasih Cik de tlg kita goreng.ti dtg lagi ke rumah ye.