Thursday 18 August 2011

Kad Hari Raya Buatan Izzul

Hari ni sekolah Izzul buat sekeping kad raya.Kad tu dibuat khas untuk bang Izat anak Pok Yah n Cik De.Walaupun jarang jupe tapi Izzul tetap ingat Abang Izat dan sorang lagi Abang Yo.Kalo ikutkan abang Izat tu pangkat pak cik,tapi masih muda panggil je abang.Izzul cakap nak bagi abang Izat,hari2 tanya bila kita nak balik kampung rumah abang Izat.

Wednesday 17 August 2011

Berbuka Dengan Mak Dan Abah

Petang semalam Mak dan Abah singgah berbuka di rumah kami.Mereka dari kampung Sungai Besar Selangor, balik sana tengok rumah.Mak cakap jalan sesak,Mak sampai pun dah dekat pukul 7 malam.Maka akak pun bersilat dengan Hakimi buat kuih lapis ni, Mak minta wat color coklat dan putih sebab Abah memang suka makan kuih yang ada unsur coklat.Biasala buat kuih ni amik masa sikit ialah nak kukus setiap lapis,siap pakai timer yang ade kat handphone.Bila timing dah cukup Hakimi akan jerit " ibu, tipon" ti dia siap tlg angkat lagi handphone.

Sunday 14 August 2011

Tempah Lagi Kek

Kek Princess Snowhite untuk Nurin.Semalam berbuka puasa di rumah Abah kat Pantai Dalam.Cu la nak makan nasi tomato ,semalam puas dapat makan banyak.Untuk kanak2 rebina Ateh order pizza, abang,Nurin & Aisya selera betul makan.Hari ni plan nak berbuka puasa kat Kg.Sungai Ramal Kajang.

Thursday 11 August 2011

Sesekali Tukar Selera

Hari ni buka puasa seorang je..Babah ada majlis berbuka puasa di pejabat.Maka hari ni akak masak menu yang mudah iaitu ikan tumis asam.Kadang2 lauk macam ni lagi menyelerakan..tadi pun makan dua pinggan.Selain tu panaskan martabak Cik De dan goreng kuih keria,syukurla tak membazir.

Tuesday 9 August 2011

Puding Koktail

Menu berbuka semalam,dah lama teringin nak buat puding ni.Kebetulan bahan dah ada maka jadila puding kegemaran akak...semalam berbuka kat rumah Mak adik2 semua balik kecuali Cu la je yang xda.Meriah la berbuka semalam macam2 menu ada.Nasi lemak,ayam golek,bubur lambuk,roti John,lempeng pisang,popia banyaknyer Hakimi kata...8/8 Besday Nurin jadi kami sambut secara kecil kecilan je..seronok la Nurin dapat satu basikal hadiah dari Umi dan Ayah.Okla balik ke puding koktail ni nak tulis cikit nota kaki..bhn2 guna agar2,Air + susu cair ikut sukatan kat plastik agar2,gula 3/4 cwn ikea,1ketul kecil gula batu,2sdb tepung kastad bancuh dengan telur sebiji yang dipukul.Lain kali nak buat ingat.Satu lagi akak buat x guna sirap koktail akak asingkan guna buah2 nyer je.

Friday 5 August 2011

Misi Pertama:Martabak Mini

Percubaan pertama kali buat kulit martabak..nasib eksperimen menjadi he..he.Mula cuak gak x jd.tapi belasah je bg Izzul test rasa.habis 2 keping dia makan kira lulus la tu..Tapi perlu banyak belajar lg.Takpa usaha Martabak inti pisang ni dulu Mak selalu buat tu yang teringin nk buat sendiri semalam.Hari ni goreng lagi sebab de tinggal sikit cuba wat frozen.

Thursday 4 August 2011

Buku Masakan

Hari pertama puasa Babah bawa balik buku2 ni.Kata Babah bole la tengok resipi2 ni Kalo ader yang menarik bole la cuba masak...Dalam buku Rendang tu, macam2 jenis resipi rendang ada ayam,daging,kerang macam2 lg yang sama bahan asas.Entahla tengok semua menarik resipi2 dalam buku ni.Harga pun berpatutan cuma RM 9.90 senaskah.

Wednesday 3 August 2011

Kuih Cara Manis ....

Buat juadah berbuka semalam,anak2 suka,Izzul cakap bila makan nanti keluar air.Bila dapat yang kurang gula intinya Izzul tanya napa xda air.Yang ni dok tengah masak atas dapur.Suka buat kuih cara ni sebab cepat je masak.Acuan ni Abah yang belikan dah lama terperuk dalam lemari.Baru sekarang acuan ni berjasa he..he

Monday 1 August 2011

Abang Suap Kimi

Bila nak puasa ni kena la beli stok makanan anak2,akak tetap masak cam biasa ialah anak2 nak makan.Tadi goreng mee menu kesukaan anak2,tengok2 abang dah suapkan Hakimi.Terkial2 abang suap Hakimi :D