Saturday 23 July 2011

Puding Roti Kremer



Nak habiskan roti maka terhasillah puding ni.Rasanya lebih kurang macam puding karamel cuma yang ni ada rasa roti.Sumber resipi dah tentu myresipi.com kat situ banyak resipi pilih je mana suka.Cuma rajin dengan malas je nak cuba, Akak ni pun bukannyer rajin sangat pun tapi kalo bahan ada dan cukup tu tetiba je jadi.         

Bahan-bahan ( 1 loyang ) sumbangan Rosaliza

  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • sedikit esen vanilla.  

    Cara-cara

    1. Dengan menggunakan loyang,sedikan gula hangus,kemudian ketepikan
    2. Panaskan pengukus, sambil tu carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam dan susu
    3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla
    4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang 30 - 40  minit.  




No comments:

Post a Comment