Sarapan pagi ni,dah lama teringin makan sizziling mee.Dulu masa belajar kalo gi Seremban Parade misti makan menu ni kat food court..kalo x silap satu hot plate RM4.** kalo x salah sekarang tau la.Tapi kalo makan yang kat kedai tu mee je yang habis cendawan misti tinggal.Hari ni cuba buat sebab jumpa resipi kat myresipi.com la apa lagi.Tapi banyak edit dari resipi asal..yang penting anak2 pun suka.Bahan-bahan ( 2-3 org makan ) sumbangan Lilydvalley
- 2-3 sanggul (gulung) guna mee kuning
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 * x letak pun
- 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
- 3 biji cili kering- potong 2 * ganti 1sd cili kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap cair * x letak takde stok
- 1 sudu besar kicap pekat * x letak ganti kicap manis
- 1/2 in halia- hiris nipis
- Serbuk lada hitam
- garam- secukup rasa
- Beberapa titik Minyak bijan * x letak
- 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
- sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
- Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
- Masukkan 2 cawan air.
- Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
- masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
- Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
- Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
- Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Sekadar berkongsi keletah keluarga untuk tatapan hari esok.Ini khas ditujukan buat my lovely family.
Tuesday, 26 July 2011
Sizziling Mee
Labels:
Menu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gambarnya????mesti sedap kan??
ReplyDeleteKena dengan selera..rasa pedas2 lada hitam tu yg best...
ReplyDelete