Tuesday 4 December 2012

Kita Sakit Sebab Allah Ingat Pada Kita

Assalamualaikum..tinggal beberapa minggu je sessi sekolah dah nak bermula.Sekejap je cuti sekolah setengah bulan dah nak berakhir.Abang Izzul sepanjang cuti,akak masukkan ke program 'Daurah Penghayatan Remaja Islam' di Masjid Negeri Shah Alam.Dapat juga ilmu dan kawan-kawan baru sepanjang program ini yang bermula pada 19 Nov~27 Dis 2013.
Minggu lepas abang balik dari program tu terus ke dapur cari ibu dia yang memang suka dok ceruk dapur.Selepas minum seteguk air terus abang berdialog dengan ibu,

Abang Izzul: ibu,ustaz cakap tadi, kalo kita sakit tanda Allah tu ingat pada kita.

Ibu: betul la tu, Allah nak kita sentiasa solat dan berdoa.Bila kita terlupa solat dan ikut perintah Allah sebab tu Allah beri kita sakit..

Abang Izzul: abg, pening kepala kena ujan tadi...ye ye Allah ingat pada Abang..

Ibu: (hanya mampu tersenyum) bangga

Syukur Alhamdullilah, Kimi dan Aisya pun dah sihat seperti biasa.Bangkit dari demam tu kuat betul mereka berdua makan.Mungkin nak ganti balik zat-zat yang ilang.Sekarang ni,Wan mak Babah pulak yang kurang sihat di kampung.Babah pun bergilir-gilir dengan adik beradik Babah yang lain balik menjaga Wan.Akak berharap anak - anak ibu akan contohi Babah ye yang sentiasa mahu berjasa pada orang tua yang membesarkannya.Nasib kampung Wan dekat je area Kuala Kubu Baru sejam je dari KL.Dulu pun masa bujang Babah memang berulang dari Kkb ke tempat kerja di KL.

P/s: abang,aisya,kimi sentiasa ingat Allah ...solat dan ikut perintah Allah
Ingat ibu dan Babah.doakan kami selalu samada hidup ataupun dah mati.
Bila ada masa luangkan masa bersama keluarga kita.

2 comments:

  1. Kita sakit sebab ALLAH nak hapuskan dosa2 kita... Kalau bersabar, dapat hadiah pahala lagi kan abang...hehe. Dh besar abg, dh boleh fkir mana baik & bruk...
    Moga Wan sembuh & sihat seperti biasa... Semua anak-anaknya risau. Cu mat pn x hepy sgt. Esok cuti lagi tengok wan di kampung. Robbi yassir wala tu assir... Moga dipermudahkan segalanya..Amin..:)

    ReplyDelete
  2. Abg dah mula berfikir n tnya mana baik mana buruk..sekarang makin byk yg Abg nk tahu.

    ReplyDelete