Friday 14 December 2012

Selera Anak-Anak

Salam Jumaat..Hari ni ibu buatkan menu ringkas untuk anak-anak yang comel iaitu mee sos tomato.Anak-anak suka makan mee, kalo bole setiap hari suh ibu goreng mee.Tapi tak sampai hati lak rasa nak bagi makan mee hari-hari.Sebolehnya akak cuba masak menu berbeza untuk tarik minat makan anak-anak.Kadang tu bila resipi tu menjadi dan kena selera anak-anak rasa puas bila anak-anak makan dengan berselera.Tapi bila anak-anak tidak suka akak la jadi tukang perabis.
Selera Aisya semua dia bole makan, lagi kalo masak ayam pedas,sambal sardin,sambal ikan bilis,udang,ketam sambal , lontong semua dia bole masuk.Macam selera ibu juga, Aisyah ni semua bole masuk.Kimi mesti ada nasi dan kuah,kuah tak kisah apa2 pun tapi pilihan utama kuah pedas contoh sambal tumis,ayam sambal asalkan ada rasa pedas cikit.Abang Izzul memang payah nak duga selera dia.Pilihan utama dia selalunya roti canai kuah dal atau kari.Abang bole makan tiga keping roti canai kalo kuahnya sedap.Lagi menu pilihan Abang Izzul bubur yang ibu buat,kari ibu buat, mee atau mihun ibu buat, telur dadar,ayam goreng,bubur beli @McD..pendek kata ibu yang kena masak.Keropok ikan mesti ada tuk dijadikan lauk sampingan.Kalo kuih-kuih kegemaran anak-anak biasanya karipap inti keledek, pizza abang n Aisya je kot.Kimi lagi suka kek, kek coklat,red velvet dan creamcheese frosting.Yang paling utama masakan ibu gak yang anak-anak suka, itu sudah cukup untuk ibu bereksperimen di dapur.Kat bawah ni akak tuliskan resipi eksperimen ibu hari ni mee goreng sos tomato.Kalo tak suka mee bole je gantikan dengan spagetti atau pun mi lidi yang telah direbus lembut.

Mee Goreng Sos Tomato

150gm mee kuning.basuh rendam air panas seketika dan toskan

Bahan2 untuk Kuah sos tomato

1/2bj bwg besar
1ulas bwg putih kecil }diblend
2-3sdb tomato purée
1/4c cili SOS
1/4c susu cair* jika suka
Air ikut suka -jgn byk sgt nnti jd sup
Garam Dan gula
Sausage ikut suka ~
1/2sdt lada itam dtumbuk

Tumis bwg kisar hingga naik bau.
Masukkn tomato puri kacau tambah air 3sdb dulu kacau
Masukkn sos cili,susu kacau masukkn sausage..kacau rata biar didih 1minit masukkan lada itam..buh garam dan gula ikut suka..kalo nak berkuah cikit tmbh la air ikut suka.
Kali ni akak masukkan terus mee,kacau biar seketika.
Siap untuk dimakan.


1 comment:

  1. Selera anak-anak mesti kena tgk ibunya...K'ti mmg rajin..hehe..
    Kimi selera omputih.hehee.... K'aisya selera international n abang more tu asean. Best diorang, tringin nk msak utk anak2 gak. Tp xreti masak...huhu. K'ti masak sedap wlupun simple, mat ckp cmtula..dia suka simple2 je tapi sedap...hehe.. Kena belajar lg...*sigh*

    ReplyDelete