Friday 4 January 2013

Rutin Baru

Assalamualaikum...
Minggu pertama persekolahan memang agak kelam kabut sebab tahun ni Hakimi bersekolah.Macam tidak percaya je budak kecik tu dah masuk sekolah tadika.Hakimi masuk sekolah tadika Krista sama macam kakak Aisyah, bole lah kakak Aisya tengok-tengokkan Kimi.Hari pertama pergi sekolah Kimi tak mau pakai uniform sekolah maka belasah jek pakai baju cartoon angry bird dan selipar ben 10, sampai sekolah je mula tak mau masuk nak duduk luar je katanya.Bila pujuk-pujuk baru nak masuk siap bagi syarat suh ibu masuk sekali.Mula ikutkan je sebab hari pertama, bila ibu dok sebelah Kimi ok je.Bila ibu keluar masa tu lah berjujuran airmata tapi ibu balik gak sebab dah 1jam dok dalam kelas tu.Masa waktu ambil balik ibu dan babah datang awal 15minit tetiba terdengar suara dia melalak nak balik...hehehe budak ni macam tau tau ibu dah datang.Hari kedua pagi tu Kimi mula buat alasan tak mau pakai baju sekolah lagi..tapi pujuk -pujuk baru nak pakai.Pergi sekolah mcam biasa gelak-gelak lagi, bila masuk kelas dia minta ibu temankan ...alahai tak pasal dua jam dok saja dalam kelas Hakimi.Sian kat babah kena tunggu lama kat luar, dah hari tu babah ada exam kul 2 petang.Pukul 10 pagi lepas waktu makan, ibu balik rumah nak masak tuk babah.Kelam kabut gak sebab masa dah banyak lari dari perancangan awal.Masa waktu balik Hakimi pun bantai melalak huhuhu alasannya napa tak tunggu Kimi, bole dia tanya macam tu.Hari ketiga memang nekad pegi hantar je lepas tu balik, pukul 11.45 baru datang amik huhuhu elok je nampak ibu budak tu melalak tanya babah mana pulak? Jenuh bagitau babah pegi keje, baru dia diam dan pegi main sambil tunggu kakak aisya
Setiap pagi memang akan berlaku drama swasta, drama tamil , cite hisdustan , cite korea errmmmm tak tahu nak layan berapa episod setiap drama-drama tu.Harap -harap semua episod akan cepat berakhir.

Minggu kedua hari Isnin dan Selasa Kimi demam, jawabnya cuti la Hakimi.Aisya pun dapat pelepasan gak hari Isnin tu hehe.Ibu malas nak tengok drama korea bagi je cuti terus senyap.Hari Rabu pegi sekolah semula, maka pagi tu drama indonesia la jap,tapi babah pujuk2 ok dah.Sampai sekolah teacher Sharon guru kelas kimi bawa pegi playground,syok la.Masa balik ibu pegi ambil,mood Kimi happy jek.Syukur padaMu Ya Allah, ibu akan terus berdoa minta segalanya dipermudahkan.Gambar tu Hakimi buat homework..good boy.

1 comment:

  1. Alahai boboiboy buat drama... Kimi memang manje dari yg lain, tu yang penuh drama...haha.. Lawaklah boboiboy sorang ni..
    In sya ALLAH...Kimi saje je testing ibu & babah, nak tgk kasih syg yg x ternilai. Sanggup layan kimi smpai ibu pn kne msuk klas tadika smula..hehehe

    ReplyDelete