Monday 18 March 2013

Hobi Baru

Assalamualaikum...Hari Isnin biasalah mood ke laut nak mulakan rutin harian.Dah dua hari bercuti dan berehat-rehat bersama keluarga, bila nak mulakan rutin biasa jadi agak lemau lak.Ok la hari ni nak cite pasai anak yang ke tiga.Nama dia Mohammad Izzman Hakimi..panjang betui nama tapi panggil Kimi.Esok sekolah jangan tulis "Kimi" saja udah.Abangnya sekarang ni dengan selamba jew semua kertas-kertas jawapan atau apa-apa projek sekolah dia tulis nama tengah saja :- "Izzul" bole lak gitu.Jenuh akak suh tulis nama penuh siap bagi contoh suh tiru tapi hasilnya tetap sama "Izzul" gak. ^_^ Kalo kakak pula dia tulis " Aisyah " je.Macam-macam anak-anakku ni.Sambung cite Kimi tadi, alkisahnya pagi ni tetiba dia demam..hehe..bila nak sekolah je demam lak.Babah bagi cuti rasmi kat Kimi tersenyum lebar lah Kimi.Suhu badan pagi ni 37.4 demam sikit lah,bagi makan ubat demam pukul 8 pagi tadi. Babah suh pantau dulu kat rumah.Kalo suhu terus naik,babah akan balik bawa pegi klinik.Pagi ni Babah ada meeting nak kena pergi awal.Dah Kimi kat umah memang dia akan minta akak duk dekat dia je temankan dia.Kimi ni sejak sekolah pandai nak melukis, dia akan minta kertas dan warna untuk dia buat aktiviti conteng2.Kalo dulu dinding rumah jadi tempat Kimi melukis..memang setiap dinding ada saja karya Kimi.Nak buat macammana walaupun dinding nampak comot tapi itulah hasil karya anak-anak.Babah pun tak mau cat dinding-dinding tu, walaupun ada gak tetamu mengata.Tapi ada akak kisah sebab hasil-hasil lukisan tu buat kita ketawa dan tersenyum sendiri.Hanya pelukis saja yang tahu apa sebenarnya maksud lukisan itu.


No comments:

Post a Comment